ALOR SETAR- Gua Air di Kampung Tok Patah, Baling akan diberikan perhatian sebagai salah satu produk pelancongan domestik. Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, Gua Air merupakan penemuan terbaru dan kerajaan negeri akan melihat potensi yang ada pada gua berkenaan untuk dibangunkan. "Insha Allah pada Sabtu ini (29 ...

KUALA LUMPUR-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menuntut kawalan sempadan diperketatkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dari luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ada negara lain yang sedang menghadapi ancaman gelombang baharu penularan COVID-19. Menurutnya, perkara sama boleh berlaku di Malaysia jika kita leka dan memandang remeh situasi di Malaysia "Kawalan sempadan perlu terus dipertingkatkan dengan ...

KUALA LUMPUR-Malaysia mengulangi pendirian untuk tidak melayani sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "Saya telah jelaskan sebelum ini dan sekali lagi saya hendak tegaskan kepada semua pihak di luar sana, Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia buat selama-lamanya. "Jadi jangan cuba-cuba hendak mempertikaikannya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, pendirian kerajaan Malaysia ...

KUALA LUMPUR-Lim Guan Eng cuba mengheret Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam isu rundingan terus projek walaupun pendedahan dibuat berkaitan dirinya. Bekas Menteri Kewangan itu dilihat enggan mengalah selepas Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mendedahkan sebanyak 101 projek yang melibatkan jumlah RM 6.61 bilion diluluskan secara runding terus pada zaman Pakatan Harapan (PH). "Menteri Kewangan dicabar ...

KUALA LUMPUR-Keceluparan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersenda agama ditegur pendakwah bebas. Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, berdosa besar bagi individu yang sudah mencapai akil baligh mempersendakan agama. "Bercakap atau menulis tu biar rasa ada dosa dan pahala, jika kata kata ‘budak baru aqil baligh’ ni segaja. "Ia merupakan dosa besar mempersenda kan hukum agama. ...

JOHOR BAHRU-Mahkamah Majistret Kluang pada 20 Ogos lalu menjatuhkan hukuman denda RM5000 kepada seorang lelaki warganegara kerana mengemukakan maklumat palsu dalam pendaftaran bayi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lelaki tersebut disabit atas kesalahan Seksyen 36 (1) (b) Akta 299 kerana dengan sengaja mengemukaka maklumat palsu dalam pendaftaran kelahiran bayi. Jika gagal menjelaskan denda, penjara enam bulan menanti lelaki tersebut. Menurut ...

  KUALA LUMPUR- Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mengambil langkah memulangkan empat bulan gaji selepas akur bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin COVID-19. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu mengambil langkah tersebut sebagai satu rasa tanggungjawab kepada rakyat dan negara. "Sebagai menzahirkan rasa tanggungjawab itu, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai Menteri untuk Mei ...

BALING- Sejak umur 14 tahun, Nurul Izzati Ahmad,20, dari Kampung Sungai Tembak di sini sudah terlantar di atas katil. Pengerusi Persatuan Cina Muslim ( MACMA) daerah Kulim, Firdaus Ang berkata, wanita berkenaan terpaksa menempuh jalan hidup yang berbeza dengan insan lain apabila saluran otaknya disahkan tersumbat oleh doktor. "Menurut ahli keluarganya, sudah enam tahun Nurul Izzati terlantar di rumah. "Saluran ...

SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mengingatkan orang Melayu supaya tidak termakan provokasi DAP yang dilihat semakin melampau sejak akhir-akhir ini. Penyelaras PUTRA cawangan Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, salah satu provokasi berkenaan dibuat DAP Sarawak dengan menampal tulisan Cina di beberapa jalan utama di sana. "Semua pihak amat kesal dengan cara DAP, tapi saya mohon orang Melayu jangan mudah ...

KUCHING-Tindakan DAP Kuching menampal tulisan Cina di beberapa papan tanda jalan raya utama di sini dikutuk hebat dan mengundang kemarahan warga maya. Jalan berkenaan ialah Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang dan Jalan Greenhill. Perbuatan itu disifatkan sangat biadap dan tidak menghormati bulan Kemerdekaan yang akan disambut 31 Ogos ini. Tanpa berselindung, tindakan menampal nama jalan dalam tulisan Cina itu dikongsi ...