BALING- Jalan Weng- Durian Burung di sini masih ditutup ekoran tanah runtuh beberapa bulan lalu. Tinjauan mendapati jalan berkenaan ditutup kepada semua jenis kenderaan. (gambar). Bagaimanapun, pemilik kenderaan terutama kereta dilihat masih melalui jalan berkenaan ekoran tidak mengetahui maklumat penutupannya. Mereka bagaimanapun berpatah balik ketika sampai di kawasan sekatan jalan. Menurut penduduk, laluan mungkin akan dibuka pada Mac selepas kerja-kerja ...

CHUKAI- Kereta dinaiki hanyut selepas kenderaan dinaiki meredah banjir di laluan telah yang telah ditutup, pagi tadi. Situasi getir itu dihadapi tiga sekeluarga apabila kereta pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Ketiga-tiga individu itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri di atas bumbung kenderaan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian jam ...

KOTA TINGGI-Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba pulang ke negara asal. ATM turut merampas 660 ekor burung murai yang cuba diseludup keluar dari negara ini. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata, kesemua PATI it ditahan dalam Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada lewat ...

KUALA LUMPUR-Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan ketegasan menolak "suara-suara" yang menyeru kepada perpecahan. Sebaliknya beliau menuntut untuk politik yang tidak mementingkan diri sendiri. "Kita adalah ejen perpaduan ummah. Kalau ada suara-suara yang menyeru kepada perpecahan, saya minta maaf, saya tidak dapat ikut suara itu!" "Kita kena tunjuk politik kita yang baik, yang wara', tidak rakus, tidak tamak," ...

GRIK-Hujan lebat berpanjangan menyebabkan air Tasik Royal Belum di sini melimpah dan menenggelamkan bahagian parkir di tempat bawah. Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Czam Cik Zam, kejadian itu berlaku pada hari ini. Beberapa buah kenderaan milik pemancing yang diparkir beberapa hari di kawasan berkenaan ditenggelami air sehingga ke paras pintu. Gambar yang menjadi tular itu juga menunjukkan ada kenderaan yang terpaksa ...

KUANTAN- Warga emas yang menghidap parkinson diselamatkan Ustaz Ebit Lew dalam kejadian banjir di sini. Berkongsi pengalaman itu, Ebit Lew berkata, beliau ketika itu dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang sebelum ditahan penumpang sebuah bot yang memerlukan bantuan. Sayu hati tadi masa dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang ada bot tahan saya minta bantuan tanya bagaimana nak bawa keluarga ke ...

LAHAD DATU-Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada hari ini mendedahkan senarai nama dan gambar 21 suspek penjenayah warga asing yang dikehendaki. Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad berkata, kesemua warga asing atau wanted list (WL) itu terlibat dengan jenayah rentas sempadan dan penculikan di perairan Zon Selamat Sabah (ESSZONE) sepanjang tahun lalu. Menurutnya, senarai WL terbaru itu dikeluarkan pada ...

TEMERLOH - Pesawat EC725 AP Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digerakkan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di sini hari ini. Bantuan sebanyak satu tan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah berupa makanan dan bahan keperluan asas. Bahagian Perhubungan Awam TUDM berkata, bekalan makanan dan keperluan asas itu diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurutnya, ia dihantar ke lokasi ...

HULU TERENGGANU-Jalan Aring 8- Kenyir- Kuala Jeneris dalam daerah ini Terengganu ditutup sementara ekoran cerun jalan yang runtuh. Roadcare (M) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, "embankment" sepanjang 100 meter didapati runtuh pada jam 12.15 tengah hari tadi. Kenyataan berkata, runtuhan tanah masih terjadi dan penutupan segera jalan sedang dilakukan. "Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan,"katanya. Pengguna kenderaan boleh melalui jalan ...

MARAN-Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah meninjau keadaan banjir di sekitar Pahang hari ini. Baginda memandu sendiri pacuan empat roda bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah dengan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Baginda dan Permaisuri kemudian mengadakan lawatan mengejut di daerah Maran dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada ...