Anggota PGA hilang ..

Anggota PGA sedang melakukan rondaan dalam operasi (gambar hiasan)

MIRI– Dua daripada lapan anggota pasukan keselamatan hilang ketika sedang melakukan operasi, semalam.

Mangsa dikenali Sarjan Simon lana,47, daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sarjan Kemiang daripada Polis Bantuan Petronas (PBP).

Memetik Sarawak Update, dua mangsa bersama kumpulannya melalui sebatang sungai pada jam 6.40 petang.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun terpisah dengan kumpulan dan kehilangan mereka disedari jam 8 malam.

Kehilangan dua anggota tersebut dipercayai kerana dihanyutkan arus sungai deras.

Jurucakap PGA berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sebaik enam anggota lain menyedari kehilangan rakan mereka.

Menurutnya, sehingga jam 4 pagi mangsa bagaimanapun gagal ditemui dan anggota lain kembali ke Kem Layun pada jam 5.30 pagi.

Difahamkan, operasi mencari mangsa disambung hari ini.

Kejadian disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/anggota-pga-ditemukan-mati-lemas/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.