Mahasiswa Patani harumkan negeri

ALOR SETAR– Dua mahasiswa dari Patani, selatan Thailand meraih naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan “Petah Bicara,” Peringkat Kebangsaan di Institut Perguruan Malaysia Darul Aman (IPDA) baru-baru ini.

Dua pelajar berkenaan Mr. Hasan Hayeemasa dari wilayah Patani dan Mr. Hakim Dueramae, wilayah Narathiwat mewakili Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS).

Media Informasi News (MIN) melaporkan, Hasan dinobat naib juara dan Hakim mendapat tempat ketiga daripada 14 peserta bertanding bagi kategori pelajar antarabangsa.

Hasan dua kanan dan Hakim dua kiri bergambar kenangan dengan peserta lain

Hasan berkata, dirinya merasa bangga dengan pencapaian tersebut.

“Saya merasa bangga kerana dapat belajar Bahasa Melayu. Ayuh! bersama-sama kita cintai Bahasa Melayu,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.