Ahli Parlimen Baling Sumbang Bakul Makanan Kepada 27 Buah Keluarga Asnaf

YB Ustaz Hassan ( tengah) duduk bersama penggerak program dan semua penerima sumbangan Pekan Malau

MALAU-Ahli Parlimen Baling meneruskan usaha membantu golongan memerlukan menerusi sumbangan 27 bakul makanan kepada golongan asnaf di Pekan Malau, Baling semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam satu majlis Ziarah Mahabbah DUN Kupang yang berlangsung di Markas PAS Pekan Malau menerusi program kebajikan Pusat Khidmat Rakyat Baling (PKRB).

Sebelum majlis penyerahan sumbangan dimulakan, YB Ustaz Hassan Saad dibawa melawat Bilik Operasi  Unit Daerah Mengundi (UDM) Pekan Malau dan Ladang Pelam.

YB Ustaz Hassan sedang meneliti papan penerangan Bilik Operasi UDM Ladang Pelam dan Pekan Malau

Lawatan itu turut memberi peluang kepada beliau melihat sendiri gerak kerja serta perkembangan aktiviti di kawasan berkenaan.

Majlis penyerahan bakul makanan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PKRB dalam menyantuni masyarakat, khususnya golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

YB Ustaz Hassan ( dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

YB Ustaz Hassan berkata, berharap sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban penerima dalam memenuhi keperluan harian keluarga masing-masing.

“PKRB akan terus komited melaksanakan khidmat kebajikan dan mendekati masyarakat bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian,”katanya.

Program Ziarah Mahabbah dilaksanakan oleh YB Ustaz Hassan Saad setiap minggu melibatkan tiga DUN dalam Parlimen Baling sejak awal kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.