KUALA LUMPUR -Bermain baik untuk kelab di Liga Super, tetapi berat untuk berlari dan tumpul ketika bersama pasukan kebangsaan.
Itulah penyerang naturalisasi negara kelahiran Brazil, Guilherme De Paula, yang diberikan kerakyatan dan pernah menyarung jersi Malaysia.
Walaupun hadir dengan reputasi hebat di peringkat kelab, sumbangannya untuk negara tidak seberapa. Sepanjang bersama skuad Harimau Malaya, beliau tidak banyak menjaringkan gol, dan jika ada pun, melalui sepakan penalti.
De Paula menjaringkan dua gol penalti untuk Malaysia. Satu gol ketika bertemu Vietnam dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, serta satu lagi ketika menentang Brunei Darussalam dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 2023.
Sebagai rekod, beliau membuat 13 penampilan untuk Malaysia.
Selain itu, beliau juga pernah menjaringkan satu gol ketika Malaysia tewas 1–4 kepada Kuwait dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2021, malangnya gol tersebut tidak diiktiraf oleh FIFA kerana perlawanan itu diklasifikasikan sebagai perlawanan latihan.
Bukan menafikan usaha dan pengorbanan beliau, namun secara jujur, pemberian kerakyatan kepada Guilherme De Paula dianggap sebagai salah satu keputusan yang merugikan dalam sejarah bola sepak negara.
RENTAS7/ FOTO: Astro Awani








Leave a Reply