KUALA LUMPUR– Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA sempat menari secara spontan dengan diikuti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tiba melalui penerbangan khas Air Force One bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur, pagi ini.
Menerusi klip video yang dikongsi Bernama, kelihatan Perdana Menteri menyambut ketibaan pemimpin Amerika itu dengan salam mesra sebelum kedua-duanya berbual ringkas.
Ketika melewati barisan penari kebudayaan tempatan, Trump secara bersahaja menggerakkan badannya mengikut rentak muzik. Menyedari gelagat itu, Anwar turut tersenyum dan ikut serta menari bersama.
Bagaimanapun ketibaan Trump tidak dialu-alukan oleh rakyat Malaysia.
Di Dataran Merdeka pagi ini, ribuan rakyat berhimpun menyatakan bantahan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Peserta perhimpunan turut membawa sepanduk dan laungan mendesak penghentian segera genosid di Gaza.
RENTAS7








Leave a Reply