Mesyuarat Agong PKPKM kali ke-10 selesai

Jhangir Khan merasmikan mesyuarat berkenaan

 

Laporan: Mohd Nazry Bidin

BALING – Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Negeri Kedah, (PKPKM) mengadakan Mesyuarat Agongnya kali yang ke-10 di Dewan Dahlia Tegoh Training Centre, Baling Kedah, hari ini.

Pengerusi PKPKM Negeri Kedah, Jhangir Khan Hj Kathem Khan berkata, Mensyuarat Agong pada kali ini diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Katanya lagi, beliau juga menyarankan supaya semua ahli-ahli harus berganding bahu bagi menjayakan setiap program atau aktiviti yang di jalankan oleh PKPKM Negeri Kedah dengan tujuan dan matlamat persatuan ini serta mengorak langkah ke arah meremajakan dan menarik minat golongan muda untuk menyertai persatuan ini disamping menjaga nama baik PKPKM Negeri Kedah.

Turut hadir ke Mesyuarat Agong PKPKM Negeri Kedah pada kali ini Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (PERKEBA) merangkap Ahli Jawatankuasa PKPKM Cawangan Baling, Mohd Nazry Md Bidin, Pengerusi PKPKM Cawangan Sik, Mohd Fuzi Dolah, Pengerusi PKPKM Cawangan Kupang, Omar Desa, Pengerusi PKPKM Cawangan Bechah Tok Bulan, Mohd Asri Mohd Zanu dan Setiausaha PKPKM Negeri Kedah, Ainol Salleh Shafie.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi PKPKM Negeri Kedah, Jhangir Khan Hj Kathem Khan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.