KUALA LUMPUR– Malaysia dan Singapura bakal mengiktirafkan sijil vaksinsinasi COVID-19 dalam usaha membuka semula sempadan kedua-dua buah negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan memahami keperluan untuk rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura bagi tujuan bekerja, pendidikan dan lain-lain.
“Kerajaan Malaysia Malaysia dan Singapura bakal mengiktiraf Sijil Vaksinasi COVID-19 masing-masing.
“Ia sebagai antara langkah utama sebelum membuka semula sempadan antara kedua-dua negara terutama Johor-Singapura di mana lebih 200,000 orang melakukan perjalanan setiap hari,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sempadan di antara kedua-dua negara akan dibuka secara berperingkat sekiranya segalanya lancar.
“InsyaAllah, sekiranya program vaksinasi berjalan lancar dan kedua-dua negara telah mengiktiraf Sijil Vaksinasi, kita akan buka semula sempadan secara berperingkat dan selamat .
“Ini antara yang dipersetujui semasa mesyuarat tertutup saya dengan rakan sejawat dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan di Putrajaya hari ini,”katanya.
Rentas7.com
Leave a Reply