Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL- Sebanyak 16 pasukan berentap Liga Bola Sepak Piala YB Mejar (B) Mansor Zakaria. Kejohanan sembilan sebelah itu berlangsung pada semalam di Padang Awam Kuala Ketil, menarik kehadiran ratusan penonton dan penyokong untuk memenuhi ruang di sekeliling padang. Para penonton cukup teruja dengan aksi-aksi diperagakan setiap pasukan bertanding dan mereka akan bersorak ketika pasukan kesayangan melakukan ...
KUALA KETIL- Bagi memastikan para murid berasa seronok ke sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak menyediakan Laman Minda bagi mengurangkan tekanan. Ahli Dewan Undangan ( ADUN) Kuala Ketil Mejar (B) Mansor Zakaria memuji inisiatif dibuat oleh warga SK Tembak. "Laman minda sihat adalah satu projek khas peringkat PPD Baling bagi tujuan program khas mengurangkan stres atau tekanan di kalangan pelajar sekolah. ...
KUALA LUMPUR - Apa nak di kata? bukan sahaja tidak layak ke Piala Asia B-20 tetapi skuad bawah-19 tahun (B-19) menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan E selepas dibelasah 6-2 oleh Korea Selatan di Stadium MFF Ulaanbaatar Mongolia siang tadi. Gawang skuad negara bocor pada minit ke -34 hasil jaringan Lee Youngjun untuk kedudukan 1-0 di separuh masa pertama. Malaysia ...
KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kelmarin melancarkan MRANTI Impact Challenge Accelerator (MICA) sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh pertumbuhan sosio-ekonomi negara. MICA disusun sebagai sebuah program yang akan dikendalikan selama 12 bulan bermula September 2022 bertujuan untuk menghasilkan solusi inovatif dalam menangani beberapa isu sosial dan alam sekitar yang utama di Malaysia. Program MICA adalah hasil jalinan ...
KUALA LUMPUR -Kejayaan Malaysia bawah 19 tahun (B-19) membenam Sri Lanka 3-0 pada aksi kelayakan Kumpulan E di Stadium MFF Ulaanbaatar petang tadi memberikan sedikit 'nafas' untuk layak ke Piala Asia B-20 tahun hadapan. Tiga gol Malaysia dijaringkan Aliff Izwan Yuslan minit ke-30 dan Farhan Faizal minit ke-70. Aliff Izwan sekali lagi menjadi wira negara apabila menjaringkan gol pada minit ...
KUALA KETIL- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) mengambil pendekatan meringankan beban kewangan mahasiswanya dengan melancarkan program menu nasi bajet dan nasi bujang. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Rohani Desa berkata, setiap set menu makanan berat dan berkhasiat itu dijual pada harga RM3 hingga RM5 bersama air. "Menu bajet ini juga boleh didapati ...
KUALA LUMPUR - Malaysia bawah 19 tahun (B-19) memilih jalan sukar untuk layak ke Piala Asia B-20 2023 setelah sekadar seri 1-1 dengan tuan rumah Mongolia pada aksi kelayakan Kumpulan E di Stadium MFF, Ulaanbaatar petang tadi. Tuan rumah mendapatkan gol melalui sepakan penalti Buyannemekh Ganbat minit ke-24. Skuad kendalian Hassan Waras memastikan satu mata dikutip selepas Aliff Izwan Yuslan ...
KUALA LUMPUR - Perak FC tidak menunggu lama untuk memantapkan pasukan menjelang musim baharu akan datang apabila menyambar jurulatih berpengalaman Lim Teong Kim untuk mengendalikan pasukan itu. Berdasarkan perkongsian di Perak Football Club (PFT), Perak FC telah melantik Teong Kim sebagai jurulatih bagi menempuh bagi musim 2023. Pengumuman itu membuatkan penyokong skuad Seladang cukup teruja selepas pasukan kesayangan mereka hanya ...
KUALA LUMPUR -Undian Kejohanan 48th King's Cup dilangsungkan hari ini mempertemukan Malaysia dan Thailand pada perlawanan pertama pada 22 September ini. Kedua-dua pasukan akan bermain jam 9.30 malam selepas perlawanan pembukaan pada 6.30 petang (waktu Malaysia). Satu lagi wakil Asia dalam kejohanan empat penjuru ini, Tajikistan diundi bertemu bekas pasukan Piala Dunia 2006 Trinidad & Tobago. Berdasarkan format, pemenang akan ...
ALOR SETAR- Medan Selera Simpang Kuala di sini didakwa tidak berada dalam kebersihan sewajarnya. Pengerusi Parti Warisan Negeri Kedah, Dato' Fadhil Hanafi (gambar kecil) berkata, keadaan itu sangat menyedihkan berikutan medan berkenaan berada dalam kawasan bandar raya Alor Setar. Dakwa beliau, medan berkenaan berada di bawah penjagaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan sepatutnya isu berkenaan tidak timbul. "Saya dapati ...













