BALING- Seramai 20 Murid Berkeperluan Khas (MBK) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah Kebangsaan (SK) Siong menyertai Kejohanan Merentas Desa 2020, baru-baru ini. Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Siong, Siti Rosni Ahmad berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat MBK. Menurutnya, pemenang akan mewakili PPKI untuk ke peringkat aliran perdana dan seterusnya daerah. "Melalui program ini juga, murid-murid ini dapat mengenali ...

PENGKALAN HULU- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia ( PUTRA) mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad segera mengharamkan kemasukan pelancong China ke negara ini. Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustafa Idrus (gambar) berkata, nyawa rakyat Malaysia kini diancam bahaya ekoran sikap "lembab" kerajaan yang masih belum membuat sebarang tindakan wajar. "Apakah akan terjadi kepada masyarakat Malaysia selepas jutaan pelancong China dibenarkan ...

KUALA LUMPUR-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kes baru yang disahkan dijangkiti 2019 novel koronavirus. KKM dalam satu kenyataan terbaru berkata, kes itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan pada awal hari ini. "Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. "Lelaki itu tiba di Johor Bahru pada 22 ...

RANONG-Berkonvoi sejauh 1,500 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk ke Kampung Sin Hai yang terletak dalam sebuah pulau di wilayah Ranong Thailand Pengorbanan itu dilakukan seramai 17 orang guru termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman demi bertemu penduduk kampung yang majoritinya Melayu Kedah. Mereka yang juga ahli kelab Kedah DG Bikers memulakan perjalanan bermula 23 Januari lalu. Ketua ...

BALING-Orang ramai dinasihati tidak mengambil bahan artifak terdapat di Gunung Pulai supaya tidak menganggu urusan dan kajian lanjut bagi mengenal pasti lokasi, sejarah dan kewujudan dengan tepat dan benar. Amaran keras itu disuarakan Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wira Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof susulan penemuan lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun oleh Jabatan ...

ARAU- Umat Islam diingatkan supaya tidak termakan dengan propaganda kononnya etnik Uighur di China tidak diseksa. Peringatan itu diberikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas menerima kunjungan pimpinan masyarakat Uighur di kediamannya. "Harap kita janganlah tertipu dengan propaganda kononnya China hanya memberikan kemahiran hidup dan masyarakat Uighur tidak diseksa. "Mereka yang sanggup membuat cerita dusta seperti itu ...

PERMATANG PAUH- Keindahan akhlak Nabi Muhammad S.A.W menjentik hati seorang lelaki Cina untuk memeluk Islam. Dengan sekali lafaz syahadah, Soi Chia,24, (nama samaran) sah memeluk Islam di Interactive Dakwah & Tarbiyah, di Permatang Pauh semalam. Menceritakan bagaimana Islam menawan hatinya, Chia berkata, hatinya terpaut ketika dia masih di bangku sekolah menengah. "Semenjak umur 16 tahun, apabila saya belajar di sekolah ...

(kemaskini) BALING-Catatan penempatan tertua di negara ini mungkin berubah susulan penemuan lebih 100 artifak prasejarah di beberapa buah gua di Gunung Pulai. Penemuan ini menimbulkan persoalan pelbagai pihak apakah akan ada tamadun tertua terbaru ditemui? Artifak berkenaan ditemui di beberapa lokasi antaranya Gua Tembus, Gua Akar dan Gua Kelambu ketika Jabatan Warisan Negara (JWN) menjalankan eksplorasi pada April hingga Oktober ...

PATANI- Seorang ketua kampung mati ditembak oleh penyerang bersenjata di dalam sebuah masjid di daerah Saiburi pada Sabtu lalu. Patanews memetik media melaporkan, mangsa Kumaroding Nitae ditembak pada jam 6.55 petang waktu tempatan. Mangsa dibunuh oleh dua lelaki yang datang ke masjid itu dengan menaiki motosikal sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut. Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian. Rentas7.com/ Foto: ...

Oleh: Siti Muazah Azemi BALING- Seekor ular tedung selar dianggarkan seberat tujuh kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, (APM) Daerah Baling di Kampung Bukit Ketil, Weng, semalam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol  Ab Aziz berkata, APM menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.40 malam dan tiba ke lokasi pada jam 10.06 malam. Menurutnya, sejurus ...