Pameran Citra Malaysia dalam Seni Miniatur dibuka sehingga 31 Disember 2024

Jelebu – Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerusi Muzium Adat dengan kerjasama WCO Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan Pameran Citra Malaysia dalam Seni Miniatur yang secara rasmi dibuka kepada orang ramai bermula pada 7 November sehingga 31 Disember 2024 bertempat di Ruang Seminar, Aras 4, Muzium Adat. Majlis perasmian pameran ini telah dirasmikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Pameran ini mempamerkan 218 koleksi miniatur terdiri dari 61 set figura etnik berbusana tradisional, 140 koleksi makanan warisan dan 16 koleksi diorama cara hidup dan sambutan perayaan pelbagai etnik di Malaysia.

Pameran Citra Malaysia dalam Seni Miniatur ini bertujuan untuk memberi pengalaman baharu kepada pengunjung memahami mengenali kepelbagaian dalam perpaduan menerusi seni miniatur. Hal ini bertepatan dengan dasar Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Program Ini Warisan Kita yang bertujuan melestarikan perpaduan menerusi kepelbagaian dalam perpaduan, meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara ini.

Turut hadir ialah YB Dato’ Ir. Haji Bakri bin Sawir, ADUN Klawang dan Encik Foo Loke Kee, Pengasas WCO Holding Sdn. Bhd.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.