PATANI – Pihak berkuasa Thailand yang buntu berdepan seorang anggota tentera pembebasan Patani akhirnya menggunakan kaedah paling ‘biadab’, iaitu dengan menebang habis kawasan pertanian penduduk.
Tujuan utama mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjejak anggota pejuang yang disangkakan ramai, tetapi apa yang mereka temui ternyata sangat mengejutkan.
Sasaran yang disangka berjumlah ramai rupa-rupanya hanyalah sekujur tubuh seorang pemuda Patani yang gugur syahid, mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta demi sebuah kemerdekaan.
Pertempuran hebat antara unit khas pasukan tentera Thailand dengan anggota kumpulan pejuang pembebasan di Kampung Takong, Mukim Tukjung, Daerah Nong Chik, Pattani pada 16 Mac lalu telah mengorbankan Allahyarham Wan Ghazali Wan Abdul Rahim.
Asy-Syahid gugur di lokasi kejadian bersama sepucuk senjata api yang digunakan untuk mempertahankan diri .
Terdahulu, rejim Thailand yang menggabungkan unit komando dan tentera darat, pasukan polis daripada pelbagai unit serta anggota kesukarelawan keselamatan telah mengepung sebuah rumah penduduk yang didakwa menjadi tempat perlindungan kumpulan pejuang.
Pasukan keselamatan Thailand dalam pertempuran itu juga terpaksa membayar harga yang mahal apabila seorang anggota mereka maut.
Koperal Polis Warathep Srisuwanachana daripada Batalion Polis Sempadan ke-43 dibedil tepat di muka dan disahkan meninggal dunia di Hospital Patani.
Seorang lagi anggota kesukarelawan Thailand turut mengalami kecederaan.
Pihak keselamatan Thailand meneruskan operasi memburu kumpulan pejuang di sekitar tiga wilayah selatan Thailand.
RENTAS7








Leave a Reply