Mangsa terakhir ditemukan akhirnya

Anggota JPBM membaca doa selepas mayat mangsa ditemukan

YAN – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mangsa terakhir tragedi kepala air Gunung Jerai hari ini.

Mangsa, Ridwan Poniman, 61, ditemui pada jam 12.30 tengah hari di bawah timbunan kayu belakang sebuah chalet di Titi Hayun di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ditemukan di sebelah kanan aliran sungai dengan kedalaman kira-kira 100 meter.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Yan untuk tindakan lanjut,” katanya yang dipetik oleh Utusan.com.

Hari ini masuk hari keenam SAR dilakukan pasukan penyelamat.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.