Malaysia daki 147 ranking dunia selepas mengaum di kelayakan Asia

Malaysia naik tujuh anak tangga

KUALA LUMPUR– Kejayaan ‘mengaum’ di pentas kelayakan Piala Asia 2023 membolehkan ranking skuad kebangsaan melonjak tujuh anak tangga.

Malaysia di ranking 154 dunia pada kemas kini terdahulu, 31 Mac 2022 telah mendaki ke tangga 147 ranking dunia.

Malaysia di bawah kendalian ketua jurulatih Kim Pan-gonĀ  menamatkan aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 selaku naib juara kumpulan .

Malaysia menewaskan Turkmenistan 3-1, kalah tipis 2-1 dengan Bahrain sebelum bangkit membelasah Bangladesh 4-1.

Terdahulu Malaysia pada perlawanan persahabatan mencatatkan tiga kemenangan dan satu tewas.

Malaysia mengatasi Filipina dan Hong Kong dengan keputusan 2-0, menang 4-0 ke atas Brunei dan tewas 2-1 kepada Singapura.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.