ALOR SETAR – Kemenangan di Parlimen Kinabatangan dilihat sebagai tanda penghargaan rakyat terhadap jasa dan perjuangan Allahyarham Bung Moktar Radin.
Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Dr Mustafa Idrus, berkata keputusan tersebut mencerminkan ingatan dan penghormatan masyarakat terhadap kepimpinan arwah.
Menurutnya, Allahyarham dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta komited memperjuangkan bangsa, agama dan negara.
Beliau berkata, pendekatan arwah yang dekat dengan rakyat telah meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan masyarakat Kinabatangan.
Katanya, kemenangan anak Allahyarham, YB Mohd Kurniawan Naim Moktar, merupakan kesinambungan kepada legasi perjuangan tersebut.
“Kejayaan ini membuktikan bahawa khidmat Allahyarham masih dikenang dan dihargai,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dato’ Dr Mustafa berkata, kesetiaan YB Mohd Kurniawan Naim Moktar berkhidmat di kawasan itu turut menyumbang kepada kemenangan berkenaan.
Menurut beliau, masyarakat membuat pilihan berdasarkan rekod perkhidmatan dan keikhlasan calon.
Beliau menambah, keputusan itu juga mencerminkan kematangan politik rakyat Kinabatangan.
Katanya, kemenangan tersebut membawa tanggungjawab besar kepada wakil rakyat yang dipilih.
Beliau berharap amanah berkenaan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi.
Dalam pada itu, PAMM merakamkan ucapan tahniah kepada YB Mohd Kurniawan Naim Moktar.
“Kemenangan ini adalah dengan izin Allah SWT dan semoga sentiasa berada dalam rahmat-Nya,” katanya.
RENTAS7








Leave a Reply