Kelab Junior Eldstal tewas aksi final Piala FA Thailand

Chonburi FC tewas 4-3 melalui sepakan panalti

BANGKOK– Chonburi FC gagal menjuarai FA Cup 2020 selepas tewas 4-3 menerusi penentuan penalti kepada Chiangrai United di Stadium Thammasat malam ini.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat dengan keputusan 1-1.

Memetik Facebook Perkembangan Bola Sepak Junior Eldstal, pemain berdarah campuran Sweden- Malaysia tidak diturunkan pada perlawanan itu.

Ia ekoran pemain tersebut telah mengumpul dua kad kuning pada aksi sebelumnya.

Rentas7.com

Foto:Perkembangan Bola Sepak Tempatan dan Antarabangsa

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.