Kedah kekal PKPP hingga 28 April

Datuk Seri Ismail Sabri

KUALA LUMPUR-Kedah termasuk senarai negeri yang dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 15 hingga 28 April depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain Kedah, sembilan lagi negeri termasuk Wilayah dikekalkan status PKPP.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas penilaian risiko dan cadangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“10 negeri termasuk wilayah kekal status PKPP iaitu Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan berkuatkuasa 15 hingga 28 April 2021,”katanya hari ini.

Beliau berkata, enam negeri serta wilayah kekal status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, ia melibatkan Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, dan Sarawak berkuatkuasa 15 hingga 28 April 2021 kecuali Sarawak yang berkuatkuasa 13 hingga 26 April 2021.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.