Iklan percuma di Rentas7 bantu peniaga terjejas

KUALA LUMPUR-Agensi berita Rentas7 menawarkan iklan percuma di Facebook rasmi portal ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha ini salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu rakyat Malaysia khususnya peniaga yang terjejas sepanjang tempoh PKP.

Selain itu, ia sebagai tanda penghargaan kepada pembaca yang memberikan sokongan kepada berita-berita disiarkan Rentas7.com.

Mereka yang mahu berbuat demikian hanya perlu sertakan gambar dan maklumat ringkas produk melalui pesanan inbox di Facebook Rentas7.com atau menerusi email di beritarentas7@gmail.com.

Selepas lebih setahun beroperasi, Rentas7 berjaya menghasilkan berita sendiri tanpa memplagiat berita seperti mana dilakukan segelintir portal-portal tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, kami menghargai dan merakamkan terima kasih kepada portal lain yang berkongsi berita daripada portal ini dengan menyertakan sumber daripada Rentas7.com.

Rentas7.com

 

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.