ACEH DARUSSALAM -26 Disember tahun ini genap 20 tahun peristiwa gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi yang melanda Aceh Darussalam pada 2004.
Sempena mengenang peristiwa besar itu, pelbagai acara dan majlis diadakan oleh kerajaan Aceh.
NGO Pertubuhan Sabar Bersama Rakyat Malaysia (BARA) antara dijemput oleh Gabenor Acheh menghadiri salah satu program Memperingati Peristiwa Tsunami Acheh yang diadakan di halaman depan Masjid Raya Baiturrahman Aceh pada kelmarin.

Naib Presiden BARA, Datuk Mustaffa Idrus berkata, satu penghormatan buat pihaknya apabila dijemput dalam program besar seumpama itu.
Menurutnya, undangan itu sudah pasti ia menunjukkan komitmen BARA diperakui di peringkat antarabangsa.
“Dalam program diadakan kami dibawa menziarahi makam-makam mangsa tsunami, majlis zikir dan doa, persembahan dan lain-lain.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gebenor dan Kerajaan Aceh kerana mengundang kami ke sana. Bagi kami ini penghormatan terbesar buat kami,”katanya kepada media.
Mustaffa berkata, beliau dan rombongan BARA seramai 10 orang berada di Aceh selama tiga hari bermula 25 Disember dan bertolak pulang pada 27 Disember.
“Kami turut mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan sumbangan kepada bekas mangsa-mangsa tsunami seramai 50 orang.

“Ramai dalam kalangan mereka telah yatim piatu kerana kehilangan ibu dan bapa sewaktu kejadian,”katanya.

Mustaffa berkata, hubungan BARA dengan Kerajaan Aceh diharap terus berjalan baik pada masa-masa akan datang.
Hadir sama Presiden BARA Malaysia, En Anas Sudin dan Setiausaha BARA Malaysia, Ainatasya Abdullah.
Tsunami yang melanda Aceh beserta gempa bumi berskala 9.1 hingga 9.3 skala Ritcher itu telah meragut kira-kira 132,000 nyawa manakala puluhan ribu lain hilang.
Kejadian dasyat itu berlaku kira-kira 20 hingga 25 kilometer barat daya Sumatera.
RENTAS7








Leave a Reply