Filipina catat hampir 250,000 kes positif, Najib gesa perairan negara diperketatkan

KUALA LUMPUR– Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut perairan Sabah diperketatkan bagi memastikan wabak COVID-19 tidak menular ke negara ini.

Beliau berkata, pendatang asing tanpa izin (PATI) punca peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah hingga mencetuskan Kluster Benteng LD yang kini mencecah 170 kes positif.

“Puncanya ialah dua orang PATI yang telah ditahan di lokap Lahad Datu. Seterusnya menular ke Tawau,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata, laluan tikus melalui laut dari selatan negara jiran adalah sedekat 18 batu nautika sahaja.

“Negara jiran pula telah sahkan hampir 250,000 kes positif Covid dengan 3,821 kes baru diumumkan hari ini.

“Sebab itu, pengawalan lebih ketat perlu diberi pada keselamatan sempadan perairan Sabah.Agar Covid-19 tidak merebak ke Sabah dan seluruh negara,”katanya.

Walaupun tidak menyebut nama negara jiran secara rasmi, namun Najib dipercayai merujuk kepada Filipina yang yelag mencecah 249,000 kes positif.

Hari ini, Tawau mencatatkan 82 kes positif manakala Lahad Datu mencatatkan 87 kes baru.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.