KUALA LUMPUR-Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menafikan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Beliau tampil menjelaskan pendiriannya selepas namanya dikaitkan dengan surat sokongan UMNO kepada Anwar sebagai Perdana Menteri tular di media sosial. Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, beliau tidak tahu menahu tentang surat berkenaan. "Seperti Presiden UMNO Zahid Hamidi sebut ...

ALOR SETAR-Syarikat Air Darul Aman (SADA) menafikan penglibatan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dalam pembelian kenderaan MPV Toyota Velfire. Pegawai Perhubungan SADA, Anas Aidi Rozai berkata, Menteri Besar Kedah tiada kaitan dengan keputusan syarikat untuk membeli kenderaan tersebut. "Berhubung isu pembelian kenderaan MPV Toyota Velfire bernombor plat KEP5000 yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. "Di ...

KAJANG– Pusat Koreksional, Kamunting Taiping, Perak akan menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran selama dua minggu berkuatkuasa 16 Oktober 2020 sehingga 29 Oktober 2020. Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, antara langkah prosedur operasi standard (SOP) langkah pencegahan yang diambil ialah larangan pergerakan fizikal masuk dan keluar dari Pusat Koreksional Kamunting. Menurutnya, langkah kedua ialah ...

KUALA LUMPUR-Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling Kedah. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dilaksanakan selama 14 hari. "Sidang khas hari ini telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB di Kampung Padang Che Mas daerah Baling Kedah yang ...

PUTRAJAYA: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) kini sedang menganjurkan Pertandingan Kuiz ASEAN 2020 Peringkat Kebangsaan bermula pada 1 hingga 31 Oktober 2020 yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM19,000.00. Pertandingan yang dilaksanakan secara dalam talian ini melibatkan dua (2) kategori utama iaitu Kategori Murid Sekolah Menengah Kerajaan / Swasta berumur 15 hingga 17 tahun dan Kategori Terbuka Warganegara Malaysia berumur 18 ...

KLUANG -Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kluang telah menerima aduan mengenai pencemaran air Sungai Sembrong Kiri yang menyebabkan air bertukar warna menjadi kehitaman pada kelmarin. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pencemaran tersebut turut mengakibatkan penutupan loji Semberong Timur dan menjadi punca kepada gangguan bekalan air kepada penduduk persekitaran selama beberapa jam. Menurutnya, pada ...

KUALA LUMPUR-PAS menuntut parti-parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk Kerajaan Baginda yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sokongan padu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia bagi membolehkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu berfungsi dengan baik dan efektif. "PAS merafakkan setinggi-setinggi junjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah Baginda menyelesaikan sebarang ...

KUALA LUMPUR- Umno, PAS dan Bersatu bertanggungjawab memperkukuhkan perpaduan Melayu kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata, memperkuatkan perpaduan Melayu ialah asas kepada kestabilan politik negara. "Politik negara perlu distabilkan dan keutamaan mesti ditumpukan menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang pandemik COVID-19. "Memulihkan ekonomi negara, meringankan beban hidup rakyat serta menjadikan Malaysia sebuah negara berjaya. Bukan ...

KUALA LUMPUR-Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat dan sempurna. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa Khas ini akan diketuai secara bersama oleh beliau dan Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Seri Dr. Adham Baba. "Ia ...

KUALA LUMPUR-Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19, hari ini. Beliau pada 5 Oktober lalu disahkan positif COVID-19. "Saya tak ada apa-apa nak berikan sebagai buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja'far yang menguruskan saya sepanjang menerima rawatan di sini sehinggalah pulih sepenuhnya hari ini. "Harap dengan sedikit sumbangan dari saya, beserta buku "Inilah Doaku" ...