ALOR SETAR-Peningkatan kes positif COVID-19 mendadak di Kedah perlu ditangani segera dengan tanggungjawab bersama di antara rakyat dengan pemimpin. Pengerusi, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Mustaffa Idrus berkata, kes harian sebanyak 1216 kes dicatatkan Kedah pada hari ini sangat mendukacitakan. "Semua pihak perlu bertanggungjawab sekarang, baik kamu pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang mahupun rakyat. "Bila sudah namanya pemimpin, kamu perlu ...

ALOR SETAR - Sebanyak 13 langkah segera akan dilaksanakan kerajaan negeri Kedah bagi menyelesaikan kes positif COVID-19 yang semakin meruncing di negeri ini. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, 13 langkah itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Kedah pada petang tadi. Menurutnya, langkah pertama ialah memohon kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan Perintah ...

ALOR SETAR - Sebanyak 2,767 keluarga terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Muda akan menerima bantuan khas daripada kerajaan negeri Kedah. Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka bakal menerima bantuan khas wang tunai RM100 bagi setiap keluarga serta makanan basah yang merangkumi dua ekor ayam, dua kilogram ikan, sayur-sayuran dan telur sepapan. Menurutnya, peruntukan ...

ALOR SETAR- Bantu landaikan lekuk jangkitan di negeri ini dengan melaporkan kepada polis jika ada ahli keluarga atau jiran merentas negeri balik ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha. Pengerusi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, rakyat Kedah wajib membantu diri sendiri dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Menurutnya, sikap sambil lewa walaupun dengan keluarga atau jiran sendiri ...

KUALA KETIL- Sepohon petai padi yang sering mengeluarkan hasil di halaman rumah Ilyas Salleh,63, di sini dijadikan saham akhirat oleh pemiliknya. Setiap kali berbuah, Ilyas tidak akan menjual petai-petai kepunyaan keluarganya itu, sebaliknya ia akan disedekahkan kepada penduduk kampung dan kenalannya. Ilyas berkata, pokok berkenaan telah berusia 30 tahun dan ia ditanam arwah ayahnya Salleh Abdul Rahman. "Lebih baik sedekahkan ...

ALOR SETAR-Kedah menerima 700 bakul makanan yang disumbangkan Syarikat Nova Asia Resource Sdn Bhd petang tadi. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, serahan makanan oleh syarikat dari Kuala Lumpur diwakili oleh Datuk Albert Tei. Menurutnya, beliau mengalu-alukan syarikat lain yang ingin membuat sumbangan untuk datang ke negeri Kedah. "NGO yang ingin menyumbang perlu melapor di Pusat Kawalan Operasi ...

KAJANG- Tiada perjumpaan keluarga bersama penghuni di seluruh penjara Malaysia bagi Hari Raya Aidiladha tahun ini. Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan berkata, semua perjumpaan sempena Aidiladha tahun ini akan ditangguh sebagai usaha mencegah penularan wabak COVID-19. "Walau bagaimanapun, bagi tujuan penggantian kepada perjumpaan tersebut, Jabatan Penjara membenarkan dan memberikan keutamaan penggunaan sidang video melalui e-mel Jabatan (Icewarp) bermula pada 21 ...

KUALA KETIL-Syarikat Master Key Seven memilih roti dan susu kanak-kanak sebagai sumber bekalan makanan bagi diagihkan kepada kelompok keluarga B-40, hari ini. Tiga buah keluarga dari Kampung Tembak B dibantu melalui misi bantuan  bersama media Rentas7. Pengarah Urusan Syarikat Master Key Seven, Mohd Zukhi Ghazali berkata, usaha tersebut bertujuan meringankan bebanan kerajaan dalam membantu keluarga yang memerlukan. "Kita memilih roti ...

KUALA LUMPUR- Permohonan i-Citra dibuka mulai esok. Perkara itu disahkan Jabatan Hal Ehwal Korporat Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Kenyataan berkata, ahli yang layak boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM5,000 berdasarkan baki simpanan Akaun 1 dan 2. Bayaran dijangka dikredit mulai Ogos ini akan dibuat sebanyak lima kali bayaran iaitu Rm1,000 sebulan. RENTAS7 ...

ALOR SETAR- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa mana-mana institusi pengajian mahupun sekolah membebani para pelajar dengan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdPR). Pengerusi PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia ekoran dua kes kematian dua pelajar sebuah universiti Cawangan Pahang dan Kedah yang dilaporkan akibat tekanan belajar dalam talian. "PUTRA memandang serius isu ini.Tekanan belajar secara 'online' akan terus berlalu ...