ALOR SETAR-Gurauan kasar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor tidak wajar dijadikan isu besar oleh pembangkang. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Kedah (PAMM) Datuk Mustaffa Idrus berkata, ada perbezaan antara berseloroh dan jawapan. "Sebenarnya gurauan itu tidak salah jika ia hanya antara Sanusi dan media. Beliau hanya berseloroh. Apakah itu pun mahu ditafsir sebagai jawapan? Tetapi kenyataan itu telah mengundang ...

KUALA LUMPUR- Negara bakal dipimpin kerajaan lebih teruk sekiranya 'geng' kluster mahkamah berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PH sudah terbukti rasis, gagal, dan tidak menghormati kaum Melayu dan agama Islam sepanjang 22 bulan memerintah. "Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemimpin yang ...

KUALA LUMPUR- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang lelaki Pakistan bernama Rawan Nasib. Menurut JIM, lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). "Alamat terakhir lelaki berusia 23 tahun itu ialah Tapak Pasar Malam Berhampiran SKS Coacbuilders Sdn Bhd Lot 9238 Jalan Puchong-Kajang Batu 20 Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong Selangor,"kata kenyataan itu hari ini. Orang ...

KUALA LUMPUR-Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kematian akibat COVID-19 hari ini. Negeri itu mencatatkan 91 kes kematian dari 257 kes kematian seluruh negara. Ia diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan kes kematian kedua tertinggi (74), Johor (25) dan Melaka (24). Negeri Sembilan dan Perak merekodkan sembilan kes kematian, manakala Kedah (8), Sabah (6), Terengganu (4), Kelantan (3), Pulau Pinang (3), Pahang ...

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Pembangkang yang berhimpun mengadakan demontrasi di Dataran Merdeka perlu dikenakan hukuman tegas termasuk penjara. Perngerusi perhubungan Putra Negeri Kedah, Datuk Mustafa Idrus berkata, hukuman juga perlu dikenakan kepada himpunan bendera hitam oleh kumpulan tertentu. Menurutnya, tidak masuk akal kelompok peserta demontrasi berkenaan tidak dikenakan hukuman memandangkan himpunan dilakukan dalam keadaan negara dilanda pandemik yang dasyat. "Mereka ...

LANGKAWI-Pasukan Polis Marin (PPM) membantu membawa jenazah pesakit COVID-19 ke Pulau Langkawi pada 29 Mulai lalu. Jenazah wanita warga emas berusia 74 tahun sebelum itu dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar. Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Batu Uban Pulau Pinang, Supt Shopri Saad berkata, empat anggota PPM dan sebuah bot peronda PPM diatur gerak bagi tujuan berkenaan. "Sepasukan ...

ALOR SETAR- Pekan Mahang  yang bersempadan Bukit Bertam Negeri Perak yang kebiasaannya meriah dengan aktiviti perniagaan kini ibarat pekan 'mati'. Ia sunyi tanpa aktiviti sosial di kalangan penduduk setempat. Ini kerana penduduk di kedua-dua buah negeri mengambil sikap patuh dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan RENTAS7 petang tadi di sempadan Kedah-Perak mendapati peniaga warung dan ...

KUALA LUMPUR-Novel Guruh Mimpi yang bakal berada di pasaran dalam masa terdekat membawa mesej tersirat berkaitan keamanan di Patani Darussalam. Guruh Mimpi membawa kisah seorang pemuda, Ismaair yang bertekad mencari semula ayahnya, Abdulloh yang hilang tanpa khabar berita lebih sedekad lalu. Niat Ismaair tidak disenangi ibunya, Mek Ya. Bagaimanapun Mek Ya dalam keterpaksaan tidak mampu menghalang misi Ismaair mencari Abdulloh. ...

KUALA LUMPUR- Kerajaan masih mempunyai sokongan melebihi 110 majoriti tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media dikeluarkan Istana hari ini. "Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi ...

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan kerajaan terlalu bergantung kepada vaksin tanpa memberi perhatian wajar menangani COVID-19. Justeru itu Najib berkata, beliau mempunyai cadangan untuk dibawa ke Parlimen pada hari Khamis bagi meredakan dengan pantas keadaan yang amat perit, muram dan seram ketika ini. Beliau berkata, kes aktif sudah mencecah 170,000 rekod tertinggi setakat hari ...