Laporan: Ilyas Salleh
KUALA KETIL – Program gotong-royong memasak tiga kawah bubur lambuk sempena Ramadan telah dianjurkan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) Kedah dengan kerjasama Yayasan Hasani di Surau An-Nur Kampung Binjul Dalam, semalam.
Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara sukarelawan MRA dan masyarakat setempat, selain menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti gotong-royong bermula jam 9 pagi itu melibatkan penyertaan muslimin dan muslimat, sukarelawan, warga kampung serta pelajar tahfiz yang bersama-sama berganding bahu menyediakan bubur lambuk.

Bubur lambuk yang dimasak kemudiannya diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin, jemaah surau serta para perantau yang melalui jalan utama untuk pulang ke kampung halaman bagi berbuka puasa bersama keluarga.

Program seumpama ini bukan sahaja menghidupkan tradisi Ramadan, malah menjadi medan memperkukuhkan ukhwah, kasih sayang dan semangat kebersamaan antara masyarakat setempat.

Selain itu ia memperkukuhkan semangat muafakat dan gotong-royong dalam kalangan masyarakat.
RENTAS7








Leave a Reply