Anak Perantauan Warnai Surau Kampung Tembak B

Kanak-kanak menerima duit raya selepas solat menghidupkan pagi Syawal dengan penuh harmoni

laporan : Ilyas Salleh

KUALA KETIL– Suasana syahdu dan kegembiraan menyelubungi Surau Kampung Tembak B apabila hampir 400 jemaah, termasuk kanak-kanak, hadir menunaikan Solat Sunat Aidilfitri pagi tadi.

Kebanyakan jemaah terdiri daripada anak-anak perantauan yang pulang dari ibu kota

Surau Kampung Tembak B meriah dengan kehadiran 400 jemaah

Solat tersebut telah diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Naim Dali yang turut menyampaikan khutbah Aidilfitri, mengingatkan para jemaah tentang kepentingan mensyukuri nikmat kemenangan selepas sebulan berpuasa serta memperkukuh ukhuwah sesama umat Islam.

Khutbah sedang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Naim Dali

Selepas selesai solat, suasana bertukar ceria apabila kanak-kanak yang hadir menerima duit raya, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan sambutan Syawal di kampung tersebut.

Usai solat, sebahagian jemaah turut mengambil kesempatan menziarahi tanah perkuburan bagi mendoakan ahli keluarga yang telah pergi, sebelum meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah dalam kalangan penduduk kampung.

Para jemaah bersilaturrahim selepas solat

Kehadiran jemaah yang ramai mencerminkan semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat setempat dalam menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.