Kaki arak dilarang bertanding PRU

KUALA LUMPUR– Tokoh akademik dan aktivis kemanusiaan, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin, mencadangkan agar individu yang merupakan peminum arak, mengalami penyakit kronik atau masalah mental dikecualikan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Beliau turut menegaskan keperluan mewajibkan saringan kesihatan kepada semua calon Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai langkah memastikan kepimpinan negara diterajui oleh individu yang sihat dan berkeupayaan penuh.

“Sebaiknya semua calon PRU mesti lulus saringan kesihatan. Sakit jantung, sakit mental, kaki arak dan uzur dikecualikan daripada bertanding. Negara perlu angkat pemimpin pelapis,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Cadangan itu mendapat sambutan baik daripada warganet yang bersetuju dengan pandangan tersebut.

Malah, ada yang mencadangkan agar calon juga diwajibkan fasih berbahasa Melayu serta bebas daripada sebarang isu integriti seperti rasuah dan salah guna kuasa, bagi menjamin kualiti kepimpinan yang lebih berwibawa.

RENTAS7

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.