30 Muslimat Bersatu Hidupkan Tradisi Asyura di Tembak B

Kaum Muslimat sedang mengacau bubur Asyura

 

Laporan: Ilyas Salleh

KUALA KETIL– Sempena sambutan 10 Muharam 1447H, Surau Al-Barakah Tembak B menjadi lokasi pengisian rohani dan kebersamaan apabila seramai 30 Muslimat PAS cawangan Tembak B bergotong-royong menjayakan program memasak bubur Asyura pagi tadi.

Program tahunan ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah memperkukuh ukhuwah dalam kalangan ahli jemaah dan penduduk setempat.

Kaum Muslimin tidak lepas tangan membantu

Seusai mengacau bubur Asyura secara bergilir, para peserta menikmati jamuan tengah hari yang menyelerakan  iaitu nasi berlaukkan gulai ikan, daging rebus cicah, dan ulam kampung seperti petai.

Bubur Asyura yang siap dimasak turut disumbangkan kepada kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Kuala Ketil sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas khidmat mereka.

Bubur Asyura diedarkan kepada kakitangan PKWR Kuala Ketil dan penduduk sekitar

Selain itu, agihan juga dibuat kepada penduduk kampung sekitar dengan kerjasama Muslimin setempat yang turut turun membantu.

Anggota polis Baling yang kerap mengadakan kawalan keselamatan di sekitar kampung mereka turut menerima bubur berkenaan.

Bubur Asyura juga diagih kepada anggota polis

Semangat 10 Muharam diraikan dalam suasana harmoni dan penuh makna, menjadikan program ini bukan sahaja tradisi, tetapi wadah membina perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.