BANGI-Dr. Abdul Rahim Harun telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkuatkuasa 11 April 2022 menggantikan Teknologis Profesional (Ts.) Dr. Siti A’iasah Hashim yang telah bersara pada 1 Januari 2022. Agensi Nuklear Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pelantikan Dr. Abdul Rahim dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) menasihati para peniaga bazar Ramadan supaya jujur dalam perniagaan dengan tidak menjual makanan yang dipanaskan semula. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan seperti itu ibarat menipu pembeli. "Hukum menipu dalam urusan jual beli adalah haram. Elakkan sumber rezeki yang halal dengan menipu. "Walaupun PAMM tidak menerima aduan rasmi tetapi kami tuntut supaya semua ...

JELEBU-“Dalam tempoh sembilan bulan antara tahun lepas dengan tahun ini, sebanyak 66,481 kes perceraian berlaku di negara ini. "Negeri yang mencatatkan rekod tertinggi ialah Kelantan dan Selangor. "Jika dibandingkan dengan kes perceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam ialah 10,614 kes,” Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim  (gambar) mendedahkan perkara ini ketika berucap semasa ...

PATANI-Hari ini genaplah 18 tahun tragedi Tak Bai yang menimpa umat Islam Patani. Mengimbau sejarah ringkas, kejadian berlaku pada bulan Ramadan Oktober 2004/1425 Hijrah pada hari Jumaat. Pembantaian militer Thai ke atas jasad umat Islam Patani dalam tragedi itu telah mengorbankan lebih 85 nyawa tidak berdosa. Menurut sumber tempatan, punca kejadian berlaku selepas enam individu Melayu Patani ditangkap seminggu sebelum ...

KUALA LUMPUR- Dua perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Hong Kong dan Myanmar menjadi medan ujian skuad kebangsaan sebelum mengharungi kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E pada Jun ini. Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon berkata, Malaysia akan bertemu Myanmar pada 27 Mei ini sebelum menentang Hong Kong pada 1 Jun depan. "Dua pasukan ini dilihat sebagai lawan yang bersesuaian untuk skuad ...

KUALA KETIL- Penduduk dalam kariah  Tembak meluahkan rasa syukur selepas menerima sumbangan 'FoodBank' daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) semalam. Bantuan itu diagihkan kepada 30 buah keluarga asnaf. Wakil penduduk, Ilyas Salleh berkata, kesemua penerima dikenal pasti oleh penolong amil kariah. "Saya mewakili penduduk mengucapkan terima kasih di atas sumbangan diberikan ini. Kami bersyukur terima bantuan ini. "Dengan bantuan ini ...

PATANI- Seorang guru agama di sini syahid selepas ditembak di dada dan perut dalam kejadian di Kampung Kubang Kiyea Mukim Datuk, Daerah Nongchik pada tengah malam semalam. Guru Sekolah Yayasan Al-Islamiah Wittaya (Pondok Kubang Buaya) itu dikenali sebagai Ustaz Abdul Muthalib. Memetik laporan media tempatan, Abdul Muthalib yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Piyek Pondok Patani ditembak sewaktu melalui pos ...

SUNGAI PETANI -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyambut baik cadangan penguakuasaan pelitup muka perlu mempunyai kelulusan Institusi Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) tetapi dengan bersyarat. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PAMM hanya menyokong dalam sudut menjaga kualiti dan kebersihan pelitup muka dan tidak selain daripada itu. "Jika kerajaan nak wajibkan setiap pelitup muka mempunyai kelulusan SIRIM, bagi ...

KUALA LUMPUR-Indonesia hanya tinggal selangkah untuk mencipta sejarah setelah membelasah Myanmar 6-1 dalam Kejuaraan Piala AFF 2020 di Stadium Tertutup Huamark Bangkok petang tadi. Skuad Garuda sekali lagi akan bertemu tuan rumah Thailand pada penentuan kejuaraan Ahad ini. Kedua-dua pasukan seri 2-2 pada peringkat Kumpulan A sebelum ini. Kejayaan ke final membolehkan skuad kendalian Mohammad Hashenzadeh layak ke Kejuaraan Futsal ...

KUALA KETIL- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil berkongsi rezeki sempena bulan mulia Ramadan dengan mengedarkan bubur lambuk kepada pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya petang tadi. Ahli Jawatankuasa Kampung Tembak B yang juga ahli PAS, Ilyas Salleh berkata, edaran dibuat di jalan Kuala Ketil - Parit Panjang berhadapan PKWR DUN Kuala Ketil. "Ini adalah program tradisi PKWR ...