KUALA LUMPUR-Aksi Kumpulan B Sukan SEA membabitkan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang Thailand (B-23) penuh kejutan apabila skuad negara yang hadir dengan persiapan singkat menang 2-1 di Stadium Thien Truong, Vietnam malam ini. Pertemuan sengit kedua-dua pasukan menyaksikan Thailand terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Patrik Gustavsson minit ke-33. Jaringan itu tidak mematahkan semangat pasukan negara sebaliknya skuad kendalian ...

PATANI-Kira-kira 15,000 pemuda Patani Darussalam berkumpul dalam Perhimpunan Melayu Raya 2022 pada hari raya ketiga Aidilfitri. Himpunan bertema Pemuda Harapan Kedamaian terbesar itu dibuat di Pantai Teluban Saiburi. Program bertujuan mengangkat kedaulatan Patani Darussalam itu mengumpulkan pemuda dari seluruh pelusok Kampung dari tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Patani. Pelbagai bendera mewakili persatuan dan kampung dikibarkan oleh para ...

KUALA LUMPUR-Indonesia bersiap sedia memburu kemenangan ke atas tuan rumah Vietnam pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA 2022 di Stadium Viet Tri, Phu Tho, esok. Ketua Jurulatihnya, Shin Tae-yong berkata, para pemainnya dalam kondisi terbaik bertemu Vietnam dan siap bekerja keras menghadapi perlawanan itu. "Kami harap pemain fokus, disiplin dan berjuang maksimal demi meraih kemenangan. Sejak saya melatih Indonesia, ...

MIRI- Lain negeri, lain tradisi dan budaya. Di Sarawak tradisi mengecat rumah akan dibuat oleh kebanyakan keluarga setiap kali tibanya Aidilfitri menjadikan suasana lebih girang dan ceria. Pengalaman itu dikongsi Rahman Hashim dari Kedah yang meraikan Aidilfitri di rumah isterinya di Sarawak. "Kemeriahan raya di Kuching Sarawak, apabila menjelang hari raya, setiap pemilik rumah akan sibuk membuat persiapan, kebanyakan rumah ...

KUALA KETIL- Kemeriahan Aidilfitri di seluruh negara amat dirasai setelah dua tahun umat Islam terpaksa meraikan di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Surau Al Barakah Kampung Tembak B tidak terkecuali menerima bahang kemeriahan apabila seramai 300 jemaah termasuk kanak-kanak hadir untuk menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi. Jemaah, Ilyas Salleh berkata, jumlah kehadiran itu paling tertinggi pernah direkodkan oleh ...

KUALA LUMPUR- JDT mencipta sejarah buat bola sepak negara apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam ini. Kejayaan itu hasil kemenangan 2-1 JDT ke atas bekas juara ACL 2012 dan 2020, Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim. Gol JDT diperolehi menerusi jaringan Leandro Velazquez pada minit kelima. Jaringan tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama apabila rembatan ...

PUTRAJAYA, 29 April 2022 – Fenomena Gerhana Matahari Separa akan berlaku di benua Antartika dan Amerika Selatan pada hari Ahad ini, 1 Mei 2022 mulai pukul 2:45 pagi hingga 6:37 pagi waktu Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Planetarium Negara akan membuat penstriman langsung melalui saluran Youtube dan Facebook Planetarium Negara pada 1 Mei 2022 bermula pukul 2:30 pagi ...

SUNGAI PETANI- Semua anak perantauan yang akan pulang ke desa menyambut Aidilfitri dinasihati tidak gopoh memandu. Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu ( PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, cara dan sikap masyarakat memandu menjadi faktor utama kepada berlaku atau tidak satu-satu kemalangan jalan raya. "Dalam kegairahan pulang berhari raya ke kampung, setelah hampir tiga tahun tidak berhari raya bersama ...

KUALA LUMPUR-Bangladesh yang diundi satu kumpulan bersama skuad negara dalam Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 membuat persiapan serius sebelum bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun depan. Memetik Asean Football, Persatuan Bola Sepak Bangladesh telah menghantar jemputan rasmi kepada Indonesia bagi mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan pemanas badan itu dijadual pada 1 Jun sekiranya Indonesia menerima jemputan itu. Selain ...

KAJANG, 27 April 2022 – Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 kepada keluarga penghuni penjara. Maklumat perjumpaan ialah seperti berikut: 1. Lawatan ditetapkan pada Hari Raya Ketiga dan Keempat bagi semua Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dan semua lawatan di institusi￾institusi penjara ditutup ...