TOKYO- Pasukan ranking pertama Asia, Jepun membelasah Myanmar 10-0 tanpa belas kasihan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 202 dan Piala Asia di Stadium Fakuda Denshi Arena sebentar tadi. Jepun memulakan pesta gol dengan empat gol di separuh masa pertama sebelum menambah enam lagi gol pada separuh masa kedua. Takumi Minamino meledak gol pertama Jepun pada minit ke 8 sebelum menambah ...

SIK- Seekor gajah liar yang menjadikan kebun di Kampung Kota Aur sebagai 'habitat' barunya sejak Selasa lalu ditangkap pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Sik hari ini. Gajah jantan berusia 60 tahun yang tidak bergading itu ditangkap menggunakan bantuan dua gajah denak dari Pahang, operasi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi. Lima anggota Angkatan Pertahanan Awam ...

KUALA LUMPUR- Aksi perlawanan persahabatan skuad kebangsaan bertemu Bahrain pada Sabtu ini bakal disiarkan secara langsung di TV1. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan perlawanan itu akan ditayang bermula jam 12.15 malam hingga dua pagi. Pastinya pengumuman itu menggembirakan peminat setia pasukan kebangsaan. Malaysia yang dalam persediaan bertemu tuan rumah, Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan ...

NARATHIWAT- Sebanyak 28 laras senjata AK102 (gambar) hilang dari gedung simpanan kem tentera wilayah ini. Media melaporkan, kesemua senjata berkenaan dikesan hilang sejak 18 Mei lalu. Pasukan tentera dilaporkan sedang menjejaki semula senjata berkenaan. Sementara itu, pihak tentera menemui sebuah bom yang dipasang di sebuah kampung di Mukim Kok'sathong daerah Takbai di wilayah ini. Bahan letupan itu ditemui semalam itu ...

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri menuntut pihak berkuasa agama lebih proaktif dengan memperbanyakkan progam kesedaran kepada masyarakat berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID19. Perkara itu ditekankan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Ke-68 pagi tadi. "Saya tegaskan usaha mempromosikan galakan pengambilan imunisasi ini seharusnya tidak terhad kepada kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja memandangkan masih ...

NARATHIWAT- Beberapa lelaki tempatan ditahan tentera dalam satu operasi pada 22 Mei lalu. Media tempatan melaporkan, tentera bertindak merampas telefon bimbit dan memeriksa akaun Facebook mereka. Difahamkan, kesemua akaun Facebook lelaki berkenaan telah dinyah aktif. Tidak dapat dikenal pasti punca sebenar operasi tersebut. Rentas7.com ...

KUALA LUMPUR- Harimau Malaya perlu menggunakan peluang menentang Kuwait dalam perlawanan persahabatan malam esok sebagai misi membalas dendam terhadap pasukan itu. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2006. Malaysia tewas dalam kedua -dua perlawanan yang diadakan pada 31 Mac 2004 di gelanggang sendiri dan 17 November 2004 di gelanggang lawan. Skuad kebangsaan yang ketika itu ...

GAZA- Laungan takbir - Allah Akbar - bergema di bumi Gaza susulan 'kekalahan' Zionis Israel kepada Palestin dalam perang 11 hari . Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kabinet Keselamatan Israel dilaporkan terpaksa menerima cadangan Mesir untuk gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kemusnahan dan kerugian dialami pihak zionis itu. Ketegangan yang memuncak selepas 10 Mei menyaksikan ribuan roket Hamas ...

PATANI- Masyarakat Islam di wilayah selatan Thailand meraikan Hari Raya Enam hari ini. Memetik media tempatan, Hari Raya Enam yang sudah menjadi budaya bagi masyarakat Muslim di sana dimulakan dengan aktiviti menziarahi kubur dan bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan. Aktiviti ini boleh dikatakan dibuat di seluruh kampung di selatan Thailand. Penduduk kemudiannya akan menziarahi antara satu sama lain bagi mengeratkan ...

BALING- Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kedah menunjukkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin dengan menyalurkan bantuan kepada Tabung Aid4Palestine. Sumbangan berjumlah RM 7,000 disampaikan Ahli Majlis Pimpinan Bersatu Malaysia, Mohd Taufik Yaacob kepada Yang Dipertua PAS Baling, Hassan Saad di Kompleks PAS Baling baru-baru ini. Mohd Taufik yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri merangkap Ketua Bahagian ...