BANGKOK- Thailand terus mencatatkan lonjakan kes positif COVID-19  apabila merekodkan 8685 kes harian pada hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan Awam Thailand, kes positif itu direkodkan di seluruh Thailand termasuk di selatan negara itu. Secara kumulatif kes positif COVID-19, negara itu mencatatkan sebanyak 324 849 kes. Thailand mencatatkan 3797 kes sembuh harian pada hari ini manakala jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak ...

KUALA KETIL-Syarikat Master Key Seven memilih roti dan susu kanak-kanak sebagai sumber bekalan makanan bagi diagihkan kepada kelompok keluarga B-40, hari ini. Tiga buah keluarga dari Kampung Tembak B dibantu melalui misi bantuan  bersama media Rentas7. Pengarah Urusan Syarikat Master Key Seven, Mohd Zukhi Ghazali berkata, usaha tersebut bertujuan meringankan bebanan kerajaan dalam membantu keluarga yang memerlukan. "Kita memilih roti ...

KUALA LUMPUR- Permohonan i-Citra dibuka mulai esok. Perkara itu disahkan Jabatan Hal Ehwal Korporat Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Kenyataan berkata, ahli yang layak boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM5,000 berdasarkan baki simpanan Akaun 1 dan 2. Bayaran dijangka dikredit mulai Ogos ini akan dibuat sebanyak lima kali bayaran iaitu Rm1,000 sebulan. RENTAS7 ...

ALOR SETAR- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa mana-mana institusi pengajian mahupun sekolah membebani para pelajar dengan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdPR). Pengerusi PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia ekoran dua kes kematian dua pelajar sebuah universiti Cawangan Pahang dan Kedah yang dilaporkan akibat tekanan belajar dalam talian. "PUTRA memandang serius isu ini.Tekanan belajar secara 'online' akan terus berlalu ...

KUALA KETIL- Masalah jalan mendap di Kampung Jelutong di sini akan diatasi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria telah melakukan tinjauan di lokasi setelah menerima aduan penduduk kampung Paya Besar. "Jalan berlubang, tanah mendap di jalan Kampung Jelutong. Kebetulan pagi ni ada di pejabat, pi la tinjau aduan yang dibuat. "Setelah perbincangan, InshaAllah Pusat Khidmat ...

KUALA LUMPUR-Malaysia mendapat laluan selesa bagi saingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-23 tahun (B-23) 2022. Berdasarkan, keputusan undian dikeluarkan AFC hari ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Thailand, Loas dan tuan rumah, Mongolia. Atas kertas, Malaysia dilihat mudah untuk lolos ke pusingan akhir yang akan diadakan di Uzbekistan. Hanya juara kumpulan dan empat pasukan naib juara ...

ALOR SETAR-Tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sudah mencukupi untuk Selangor. Ahli Dewan Tertinggi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Mustaffa Idrus berkata, melanjutkan lagi PKPD di Selangor dibimbangi memberi kesan lebih teruk kepada ekonomi dan kesihatan mental rakyat negeri itu. Menurutnya, lanjutan tempoh PKPD mencukupi dilaksanakan secara bersasar dengan menutup hanya lokaliti berisiko, bukannya keseluruhan tempat ...

KULIM-Penduduk Taman Kulim Utama Hi-tech Park terganggu dengan bau busuk yang dibimbangi akibat pelepasan asap dipercayai dari kilang. Salah seorang penduduk ingin dikenali sebagai Azhan berkata, bau busuk itu mula dihidu penduduk sekitar jam 3.45 petang. Menurutnya, dia terganggu dengan bau itu selama lebih kurang 30 minit. "Dah macam bau tandas bocor. Jiran-jiran lain turut mengadu menghidu bau yang amat ...

KUALA LUMPUR- Kedah menjadi penyumbang terbesar kepada pelaburan negara yang mencatatkan RM80.60 bilion pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, ia merupakan kenaikan 95.6 peratus berbanding RM 41.2 bilion setahun lalu. "Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan primer meningkat sebanyak 383.4% kepada RM54.90 bilion pada Januari hingga ...

KUALA LUMPUR- Majikan buta perut! Itulah gambaran buat majikan beberapa buah kilang di Klang dan Shah Alam yang masih melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ada kilang yang beroperasi walaupun tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP) 3.0. "Ada juga kilang di Shah ...