PATANI- Selatan Thai terus berdarah apabila empat lelaki ditembak mengakibatkan seorang terbunuh dalam kejadian di Kampung Kuwing, Mukim Baruh Yala, hari ini. Dalam kejadian jam 8 pagi waktu tempatan, tiga lagi dilaporkan cedera parah. Kesemua mangsa ditembak dalam kawasan berlukar. Kejadian terbaru itu berlaku selepas dua guru agama wilayah Patani ditangkap tentera di madrasah petang semalam. Photo: Ct Puspa Rentas7.com ...

PATANI-Warga pondok Pombing daerah Panarek di sini gempar dengan penangkapan seorang guru agama mereka, semalam. Penahanan Ustaz Mukhtar Abdullah oleh sepasukan tentera kerajaan berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan. Turut ditahan guru agama sekolah tadika Melayu di Mukim Thanam Panarek iaitu ustaz Fauzi Omar. Fauzi Omar adalah adik ipar kepada ustaz Solaeh Nurdin yang cedera ditembak beberapa das tembakan ...

ALOR SETAR- Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditahan polis di belakang sebuah pasar raya di Kulim kerana menunggang motosikal curi. Ketua Polis daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, remaja itu ditahan pada 28 Jun lalu dalam Operasi Ops Samseng Jalanan kerana menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, pemeriksaan mendapati motosikal digunakan ialah kenderaan curi dan masih hilang. "Hasil ...