Selesai isu Rohingya secara bijaksana

Kemas kini

SUNGAI PETANI- Isu kamasukan etnik Rohingya tidak akan selesai sekiranya Malaysia terus menerima kehadiran mereka tanpa solusi terbaik.

Presiden Pertubuhan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, isu ini bukan perkara baru tetapi telah berlaku begitu lama.

Menurutnya, kerajaan baharu perlu tegas dan bijak menangani isu berkenaan supaya tidak mendatangkan masalah besar kepada negara ini.

“Kerajaan kita telah berlembut dengan etnik ini sejak dahulu lagi. Dasarnya kita bersimpati dengan apa yang menimpa mereka.

“Namun sekiranya kita terus bersimpati menerima pelarian Rohingya sejak dahulu hingga sekarang, masalah tidak akan selesai,”,katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, sebagai umat Islam menjadi satu kewajipan untuk membantu saudara seagama yang lain.

“Tetapi dalam konteks ini, bagaimana untuk kita membantu mereka daripada terus dibunuh di Myanmar? Itu satu perkara yang perlu diselesaikan secara bijaksana tanpa menggadai masa depan negara.

“Mereka perlu dilindungi namun dengan kaedah yang mudaratnya kecil kepada rakyat serta negara,”katanya

Tambahnya, sejarah kemasukan kaum lain ke negara ini dan akhirnya diterima sebagai warganegara ialah guru terbaik kepada generasi sekarang.

Katanya lagi, adalah tidak wajar jika semua rakyat Rohingya lari sehingga memudahkan musuh Islam menguasai negeri mereka, mereka diharap tidak melupakan tanah air dicintai dan pulang ke sana suatu hari nanti.

Dalam pada itu, PAMM menuntut rakyat dan kerajaan juga tidak berdiam dengan diri dengan kemasukan pendatang dari negara lain.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.