ALOR SETAR- Parti Warisan Negeri Kedah berharap rakyat berfikir semasak-masaknya sebelum membuang undi. Calon Parti Warisan Parlimen Alor Setar, Dato' Fadhil Hanafi berkata, Warisan tidak mempunyai rekod buruk. "Pesanan saya kepada pengundi dalam Parlimen Alor Setar ialah berfikir semasak-masaknya sebelum memangkah . "Pilih Parti Warisan belum mempunyai rekod buruk seperti mana pemimpin kluster mahkamah,"katanya. Beliau menuntut pemimpin tidak bersih dihukum ...

KUALA KETIL -Orang Kampung Tembak dan kawasan sekitarnya meraikan kedatangan calon Parlimen Baling, Ustaz Hassan ke Saad ke tempat mereka. Mereka nyata gembira dan seronok bersarapan dengan Ustaz Hassan Saad di sebuah warung di Kampung Kuala Menora. Gelagat penduduk  menceriakan lagi suasana pada pagi tadi apabila ada yang mengambil gambar bersama poster calon. Penduduk mengambil peluang untuk berbual dengan calon ...

ALOR SETAR- Parti Warisan dan UMNO-BN bertukar bendera parti sebagai salah satu usaha mendidik politik matang kepada para pengundi. Calon Warisan Negeri Kedah, Dato' Fadhil Hanafi bertukar bendera dengan Penyelaras UMNO-BN, Fahmi Fauzi di Kampung Alor Selegah semalam. Ketua Biro Perhubungan Awam Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sikap ditunjukkan pemimpin Warisan sewajarnya dicontohi pemimpin parti lain. Menurutnya, bertukar ...

KUALA KETIL-Sebanyak 200 bendera Perikatan Nasional (PN) dan PAS dipacak dan dipasang di sekitar Kampung Tembak B di sini, malam ini. Kerja-kerja itu dilakukan oleh lebih 40 orang belia, sebagai satu usaha memastikan PN menang di Baling. Bagi menghargai usaha itu, sekawah mi segera dimasak oleh penduduk Kampung Tembak B kepada mereka. PN dilaporkan mengalami fanomena di Baling ekoran calon ...

SUNGAI PETANI -Warisan Negeri Kedah yakin lima inti pati manifesto PRU-15 bakal diumumkan presiden parti itu memenuhi kehendak rakyat. Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, rakyat mengharapkan kerajaan baru dibentuk nanti memenuhi keperluan dan kebajikan mereka. Oleh itu katanya, kerajaan baru perlu zero kes rasuah dengan Warisan adalah parti berintergriti layak menggantikan parti korup. ...

SUNGAI PETANI - Pemimpin Parti Warisan Kedah meminta rakyat tidak terlepas mengundi mereka pada PRU-15 ini. Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, beliau berharap rakyat Negeri Kedah memberi sokongan dan membuat keputusan mengundi calon Parti Warisan di lima Parlimen Kedah iaitu Padang Serai, Merbok, Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena. "Diharapkan rakyat memberi kepercayaan ...

BALING -Perikatan Nasional (PN) Baling mencatat kemenangan moral menjelang PRU-15 apabila mencatat kehadiran hampir 3000 penyokong pada hari penamaan calon PRU-15 di Stadium Mini Baling, hari ini. Para penyokong PAS berkumpul pada jam 7 pagi di pekarangan KFC sebelum berarak masuk ke stadium pada jam 8.30 pagi. Calon parti itu, Hassan Saad memasuki Dewan Tun Abdul Razak kita bersama beberapa ...

ALOR SETAR- Parti Warisan Negeri Kedah mengesahkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen Negeri Kedah. Parti Warisan mensasarkan untuk menawan kesemua kerusi berkenaan dalam usaha mereka mengukuhkan kedudukan dalam membentuk kerajaan Pusat. Ketua Biro perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia kali pertama dalam sejarah apabila Warisan bertanding di Semenanjung termasuk Kedah. "Kita belum pernah bertanding ...

BALING -Bendera Perikatan Nasional (PN) teguh dipacak golongan muda di daerah ini, serentak dengan nama calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Baling diumumkan malam tadi. Aura calon PN, Ustaz Hassan Saad (gambar) yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Baling ternyata menaikkan semangat golongan muda menyumbang keringat dengan memasang bendera di sepanjang jalan raya dan kampung. Antaranya ialah di kawasan Pekan ...

POKOK SENA-Bilik Gerakan P008 Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah selamat dari terbakar selepas sebuah gerai roti canai bersebelahannya mengalami kebakaran. Kejadian berlaku pada jam 7.40 pagi tadi dengan api dapat dikawal oleh pasukan bomba daripada terus merebak. Ketua Wanita Parlimen Pokok Sena Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah, Noraini Md Salleh (gambar kecil) berkata, bilik gerakan hanya terkena sedikit tempias daripada ...