Setahun diserang lumpuh..

JERLUN– Seoarang suri rumah dari Kampung Telaga Batu di sini hanya mampu terlantar di rumah akibat lumpuh sejak setahun yang lalu.

Nasibnya bagaimanapun mendapat perhatian warga pendidik Negeri Kedah termasuk pemimpin masyarakat yang tampil menyerahkan bantuan kerusi roda, semalam.

Suami pesakit, Azizan Harun,65, berkata, dia dan keluarga bersyukur serta berterima kasih kepada pemimpin masyarakat yang sangat prihatin terhadap nasibnya.

Aziz dua kanan bersama pemimpin masyarakat serta warga pendidik menyampaikan sumbagan kepada Azizan (tengah)

“Sumbangan ini sekurang kurangnya dapat meringankan beban saya dalam menguruskan isteri untuk bergerak terutama ke dapur dan bilik air,”katanya.

Terdahulu, Penyelaras DUN Air Hitam, Datuk Aziz Mahmod tampil menyampaikan kerusi roda yang disumbangkan warga pendidikan Negeri Kedah kepada Azizan.

Sementara itu, Aziz Mahmod berterima kasih kepada warga pendidik yang tampil membantu keluarga berkenaan.

Hadir sama Ketua Amanah Kawasan Jerlun, Mohd Radzuan Yaacob dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Halim Salleh.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.