“Rakyat perlu kuasai ilmu Sains, Teknologi dan Inovasi”- PM

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin semalam mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Sains Negara bagi tahun 2020 yang memperincikan mengenai dasar, cabaran serta hala tuju masa depan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju, berteknologi tinggi dan dalam usaha- usaha mentransformasikan negara sebagaipengguna teknologi kepada
pembangun teknologi.

Dalam ucapan pembukaannya, YAB Perdana Menteri menekankan bahawa penguasaan ilmu Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan rakyat perlu diperkasa bagi memastikan kemajuan sosial dan ekonomi terus berdaya saing terutama dalam menghadapi landskap sosio ekonomi pasca COVID-19 dengan penerapan STI bagi meningkatkan pemahaman kompetensi dan pembudayaan.

Beliau menyeru kepada semua kementerian untuk memahami dan
menggunakan pengetahuan STI yang terkini dalam tadbir urus sektor masing-masing.

Pembangunan dasar-dasar baharu negara haruslah berteraskan kepada analitik data besar dan kajian saintifik agar relevan dengan perkembangan sosioekonomi semasa.

Beliau juga menyarankan supaya kebergantungan kepada teknologi import perlu dikurangkan untuk membuka peluang kepada syarikat tempatan menyelidik dan membangunkan teknologi yang mampu bersaing dan boleh dieksport ke pasaran antarabangsa.

Dalam usaha memperkukuhkan kemampuan STIE negara, Mesyuarat
Majlis Sains Negara telah bersetuju agar:

i. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang digubal dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak berkepentingan dalam menyediakan hala tuju strategik STI negara diluluskan.

Dasar ini diharap mampu untuk mewujudkan dan memperkukuh asas inovasi dan aplikasi sains dan teknologi
(S&T) bagi memacu ekonomi negara, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi dengan kemakmuran bersama sebagai teras kehidupan masyarakat.

Majlis turut menyokong penggubalan Akta STI di bawah inisiatif DSTIN 2021-2030 untuk menginstitusikan landskap STI negara dalam jangka masa panjang damenyediakan tadbir urus yang
jelas supaya STI boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

ii. Bidang keutamaan negara yang dicadangkan diterima pakai dalam usaha untuk mentransformasi sektor sosioekonomi oleh semua kementerian.

Ini juga termasuk pelaburan dalam STIE di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan menggunakan Rangka Kerja 10-10 STIE sebagai panduan untuk membina ekosistem yang aktif dan mantap bagi setiap sektor industri.

Rangka Kerja STIE menggariskan 10 pemacu sains S&T yang digabungkan dengan 10 pemacu sosioekonomi.

10 pemacu ekonomi

iii. Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara diperincikan menerusi langkah awal Penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus termasuk memantau pembentukan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dalam masa 6 bulan.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malaysia perlu membangunkan Jaminan/ Keselamatan dan Kemandirian Vaksin (Vaccine Security and Self-Reliance, VSSR) bagi memastikan dan membuat persediaan sekiranya pandemik untuk jangkitan baharu muncul atau muncul semula dan dicadangkan supaya tumpuan diberikan kepada pembangunan ‘fill and finish’ dalam penghasilan vaksin di samping memastikan pendekatan holistik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin.

Majlis turut mengambil maklum mengenai pelaksanaan inisiatif Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (National Technology & Innovation Sandbox) yang akan diterajui oleh MOSTI.

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ini adalah untuk menggalakkan pengembangan inovasi dan kreativiti yang
dapat memangkin penerapan teknologi tinggi dan pengkomersialan
inovasi tempatan.

Inisiatif NTIS ini akan membantu mempercepatkanpenerimaan dan pengkomersialan teknologi/inovasi bagi memastikan PKS, syarikat pemula (startups) dan usahawan tempatan dapat terus kekal mampan dalam menghadapi cabaran ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

Mesyuarat Majlis Sains Negara kali ini turut dihadiri oleh YB Khairy
Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Haji Ahmad
Amzad Bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI
serta ahli-ahli yang mewakili akademik dan industri.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.