PATANI -Berpanas dan berhujan mencari rezeki dengan menunggang motosikal setiap hari sebagai penjual ikan.
Lelaki Patani Darussalam ini tidak kisah menunggang jauh motosikal dan masuk setiap pelosok kampung mencari rezeki halal demi menyara keluarga.
Pengorbanan itu dilakukan Ismail berusia 45 tahun selepas terpaksa pulang ke Patani gara-gara wabak korona yang melanda dunia pada tahun 2020.
Ismail yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan di Malaysia terpaksa pulang ke Malaysia selepas Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan menutup pintu sempadan pada tahun 2020 dalam mengawal wabak.
Selepas pulang ke Patani, Ismail puas memikirkan usaha mencari nafkah bagi menanggung isteri dan empat anak masih sekolah.
Selepas Thailand membenarkan pergerakan pasca korona, Ismail mendapat Ilham mendapatkan sumber rezeki.
Dia menjaringkan motosikalnya sebagai ‘kedai bergerak’ dengan menjual ikan, ketam, sotong, udang dan pelbagai jenis makanan laut termasuk sayur-sayuran.
Setiap hari Ismail akan menunggang puluhan kilometer dari kampungnya ke Bandar Patani untuk mengambil hasil laut dan sayur- sayuran segar.
Semua bekalan itu dimuatkan dalam tong yang diletak diatas bahagian besi dipasang khas termasuk dalam raga depan motosikal.
Dari bandar Patani, Ismail menunggang masuk ke beberapa buah kampung dan pulang apabila berjaya menghabiskan jualan.
Usaha ini telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan kini perkhidmatannya semakin diterima ramai.
Ismail menjadi pilihan kaum ibu kerana dia bukan saja menjual hasi-hasil laut dan sayuran yang segar bugar, tetapi turut menyediakan perkhidmatan menyiang ikan tanpa caj.
Dia bekerja setiap hari Kecuali Jumaat.
ipun pekerjaan ini tidak menjanjikan pendapatan lumayan setiap masa, tetapi Ismail bersyukur kerana usaha kerasnya dapat memastikan diri dan keluarga menikmati hasil halal.
RENTAS7








Leave a Reply