KUALA LUMPUR -Malaysia memalukan Thailand selepas menewaskan tuan rumah 5-3 menerusi sepakan penalti pada kejohanan 48th King's Cup 2022 di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai sebentar tadi. Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tempoh permainan sebenar. Pemain bek kiri Malaysia, La'Vere Corbin Ong menyempurnakan hantaran  hantaran Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-32 untuk mendiamkan puluhan ribu penyokong tuan rumah. ...

KUALA LUMPUR-Dua saluran televisyen akan menyiarkan siaran langsung pertemuan Malaysia menentang Thailand pada aksi 48th King's Cup 2022 malam esok. Astro Arena dan TV9 Di Hatiku akan menyiarkan perlawanan itu pada jam 9.30 malam. Aksi ditunggu-tunggu peminat dari kedua-dua buah negara itu akan berlangsung di Chiang Mai. Pemenang akan layak ke final menentang sama ada Tajikistan atau Trinidad dan Tobaqo. ...

Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL- Sebanyak 16 pasukan berentap Liga Bola Sepak Piala YB Mejar (B) Mansor Zakaria. Kejohanan sembilan sebelah itu berlangsung pada semalam di Padang Awam Kuala Ketil, menarik kehadiran ratusan penonton dan penyokong untuk memenuhi ruang di sekeliling padang. Para penonton cukup teruja dengan aksi-aksi diperagakan setiap pasukan bertanding dan mereka akan bersorak ketika pasukan kesayangan melakukan ...

KUALA LUMPUR - Apa nak di kata? bukan sahaja tidak layak ke Piala Asia B-20 tetapi skuad bawah-19 tahun (B-19) menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan E selepas dibelasah 6-2 oleh Korea Selatan di Stadium MFF Ulaanbaatar Mongolia siang tadi. Gawang skuad negara bocor pada minit ke -34 hasil jaringan Lee Youngjun untuk kedudukan 1-0 di separuh masa pertama. Malaysia ...

KUALA LUMPUR -Kejayaan Malaysia bawah 19 tahun (B-19) membenam Sri Lanka 3-0 pada aksi kelayakan Kumpulan E di Stadium MFF Ulaanbaatar petang tadi memberikan sedikit 'nafas' untuk layak ke Piala Asia B-20 tahun hadapan. Tiga gol Malaysia dijaringkan Aliff Izwan Yuslan minit ke-30 dan Farhan Faizal minit ke-70. Aliff Izwan sekali lagi menjadi wira negara apabila menjaringkan gol pada minit ...

KUALA LUMPUR - Malaysia bawah 19 tahun (B-19) memilih jalan sukar untuk layak ke Piala Asia B-20 2023 setelah sekadar seri 1-1 dengan tuan rumah Mongolia pada aksi kelayakan Kumpulan E di Stadium MFF, Ulaanbaatar petang tadi. Tuan rumah mendapatkan gol melalui sepakan penalti Buyannemekh Ganbat minit ke-24. Skuad kendalian Hassan Waras memastikan satu mata dikutip selepas Aliff Izwan Yuslan ...

KUALA LUMPUR - Perak FC tidak menunggu lama untuk memantapkan pasukan menjelang musim baharu akan datang apabila menyambar jurulatih berpengalaman Lim Teong Kim untuk mengendalikan pasukan itu. Berdasarkan perkongsian di Perak Football Club (PFT), Perak FC telah melantik Teong Kim sebagai jurulatih bagi menempuh bagi musim 2023. Pengumuman itu membuatkan penyokong skuad Seladang cukup teruja selepas pasukan kesayangan mereka hanya ...

KUALA LUMPUR -Undian Kejohanan 48th King's Cup dilangsungkan hari ini mempertemukan Malaysia dan Thailand pada perlawanan pertama pada 22 September ini. Kedua-dua pasukan akan bermain jam 9.30 malam selepas perlawanan pembukaan pada 6.30 petang (waktu Malaysia). Satu lagi wakil Asia dalam kejohanan empat penjuru ini, Tajikistan diundi bertemu bekas pasukan Piala Dunia 2006 Trinidad & Tobago. Berdasarkan format, pemenang akan ...

KUALA LUMPUR - Terengganu kempunan untuk merangkul Piala FA selepas tunduk 3-1 kepada JDT pada perlawanan akhir di Stadium National Bukit Jalil sebentar tadi. JDT membuka akaun gol menerusi rembatan kencang kaki kiri Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34 dan kedudukan itu dikukuhkan pada minit ke-64 hasil sepakan penalti Bergson da Silva. Pada minit ke-75 Tchetche Kipre merapatkan jurang gol, ...

KUALA LUMPUR -Dunia sukan bola sepak tanah air menerima khabar duka di atas pemergiaan bekas jurulatih skuad bola, Ismail Zakaria. (gambar) Allahyarham meninggal dunia pada usia 60 tahun di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan tengah hari tadi. "Allahyarham merupakan seorang jurulatih bola sepak yang cukup berpengalaman dengan turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan antaranya Sime Darby FC, Kuala Lumpur, ...