KUALA LUMPUR- Skuad Bawah 16 tahun (B-16) Indonesia tidak bermasalah mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Filipina 2-0 pada laga Kejuaraan AFF B-16 di Stadium Maguwoharjo, malam ini. Tuan rumah menang hasil dua jaringan pada babak pertama menerusi gol sendiri pemain Filipina Jared Pena minit keempat dan Arkhan Putra Purwanto minit ke-38. Pada satu lagi aksi Vietnam menewaskan Singapura  5-1. ...

KUALA LUMPUR- Malaysia Bawah 19 tahun (B-19) mempertahankan rekod tanpa kalah Kumpulan B Kejuaraan AFF B-19 dicalarkan Laos selepas tewas 1-0 di Stadium Patriot Candrabhaga Bekasi petang tadi. Bagaimanapun kekalahan memaluka itu masih melayakkan Malaysia selaku juara Kumpulan B dengan tujuh mata sekaligus bertemu Vietnam di separuh akhir. Laos yang memperoleh gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-68 hasil jaringan ...

JAKARTA- Skrip sama dalam saingan bola sepak Asean berulang apabila Brunei Darussalam hanya menjadi pasukan belasahan kepada lawannya. Pada saingan Kejuaraan AFF Bawah 19 tahun (B-19) yang membuka tirai petang tadi, Brunei masih belum mampu menyaingi lawan setelah tunduk 7-0 kepada Myanmar dalam perlawanan pertama Kumpulan A. Brunei bolos 3-0 pada separuh masa pertama sebelum dibolosi 4-0 di babak kedua. ...

JAKARTA- Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara menjalani latihan pertama di Padang B, Gelora Bung Karno di sini pagi tadi. Skuad kendalian Hassan Sazali Waras dalam persiapan fasa terakhir menjelang Kejuaraan B-19 AFF 2022 di Indonesia. Skuad B-19 diundi dalam Kumpulan B yang dianggap kumpulan mudah bagi pemerhati sukan tanah air apabila tiada pasukan gergasi ASEAN seperti Vietnam, Thailand dan ...

KUALA LUMPUR- Kejayaan 'mengaum' di pentas kelayakan Piala Asia 2023 membolehkan ranking skuad kebangsaan melonjak tujuh anak tangga. Malaysia di ranking 154 dunia pada kemas kini terdahulu, 31 Mac 2022 telah mendaki ke tangga 147 ranking dunia. Malaysia di bawah kendalian ketua jurulatih Kim Pan-gon  menamatkan aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 selaku naib juara kumpulan . Malaysia menewaskan ...

KUALA LUMPUR- Pemain kebangsaan Thailand, Sanrawat Dechmitr sah memperkuatkan Kedah FC. Kemasukan pemain kelahiran Samut Prakan Thailand itu diumumkan Kedah FC siang tadi. Khidmat pemain berusia 32 tahun itu ditagih bagi mengisi Dennis Buschening dalam kuota pemain ASEAN dan Sanrawat akan bermain sebagai pemain pinjaman bagi membantu Kedah mengharungi baki saingan Liga Super 2022 serta Piala AFC 2022 yang bermula ...

KUALA LUMPUR- Skuad Bawah 17 tahun (B-17) bakal menentang Australia dalam Kumpulan C Piala AFF B-16 setelah proses undian dilakukan siang tadi. Kejohanan diadakan di Indonesia itu menyaksikan Malaysia B-17 turut diundi bersama Myanmar dan Kemboja. Tiga juara kumpulan akan layak ke separuh akhir bersama satu naib juara terbaik kumpulan.   RENTAS7 ...

KUALA LUMPUR- Semangat melawan luar biasa skuad kebangsaan diterjemahkan dengan kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan pada perlawanan pertama Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Skuad kebangsaan mempamerkan corak dimahukan Kim Pan-gon apabila mendominasi keseluruhan permainan selain tidak memberikan ruang besar kepada lawan untuk bergerak bebas. Harimau Malaya yang beraksi di hadapan 50,000 penyokong ...

KUALA LUMPUR- Skuad Bawah 23 tahun (B-23) Vietnam mencuri satu mata bertemu Korea Selatan B-23 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam aksi Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv, Uzbekistan malam ini. Dua gol yang terhasil pada separuh masa dijaringkan Young-wook Cho minit ke-63 sebelum Vietnam mengikat kedudukan oleh jaringan Tien Long Vu minit ke-83. Hasil dua perlawanan Korea ...

KUALA LUMPUR- Skuad Bawah 23 tahun (B-23) memulakan perlawanan pertama Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv Tashkent Uzbekistan dengan langkah sumbang setelah dibelasah 4-1 oleh Korea Selatan sebentar tadi. Kelemahan barisan pertahanan di hujung perlawanan membolehkan pihak lawan mengambil kesempatan menambah dua gol dalam tempoh dua minit, menjadikan skuad B-23 pasukan belasahan malam ini. Anak buah Brad Maloney ...