Yayan Ruhian ziarah makam Mat Kilau

Yayan tidak melepaskan peluang menziarahi makam pahlawan Pahang Mat Kilau sebelum pulang ke Tanah airnya

KUALA LUMPUR -Bintang filem Mat Kilau Yayan Ruhian menziarahi makam pahlawan Mat Kilau di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, bintang filem itu memaklumkan menziarahi makam berkenaan sebelum pulang ke Indonesia.

“Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini.

“Harap-harap boleh silaturahmi dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir batin jika ada silap dan khilaf.Terima kasih,”katanya.

Menerusi gambar dikongsi pelakon asal Indonesia itu ditemani teman-temannya.

Aktor mempunyai ilmu persilatan tinggi itu pernah berlakon dalam banyak filem tempur antaranya ialah The Raid.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.