Sabah pertimbang lanjut tempoh visa pelancong China

KUALA LUMPUR– Sabah sedia mempertimbangkan lanjutan tempoh visa kepada pelancong China yang bimbang pulang ke negara mereka buat ketika ini susulan penularan wabak koranivirus.

Memetik Sabah News Today (SNT), lanjutan itu hanya akan diberikan sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat kesihatan dan keselamatan ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pelancong terbabit juga dinasihati supaya merujuk pejabat konsulat negara mereka bagi mengatur perjalanan pulang.

“Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan kerjasama dengan konsulat China di sini bagi membantu penghantaran balik rakyat mereka,”katanya kepada SNT semalam.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sabah menggantung semua penerbangan dari China berkuat kuasa serta-merta bermula 30 Januari hingga tarikh diberitahu kelak.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.