Penunggang Ojek meninggal dunia atas motosikal

INDONESIA– Seorang penunggang Ojek Online (Ojol) di sini meninggal dunia dalam keadaan terduduk di atas motosikal.

Wanita itu menurut laporan Dream masih memakai jaket dan tiba-tiba sahaja terkulai lemah sebelum didapati tidak lagi bernafas.

Persitiwa itu dimuatnaik di akaun Instagram@newdramaojol.id sebelum tersebar luas di media sosial.

Memetik status dimuatnaik itu, penunggang berkenaan dikatakan berasal dari Magelang, Jawa Tengah.

Admin Instagram itu mendakwa wanita berkenaan meninggal dunia kerana terlalu penat hingga membawa serangan jantung.

Seperti dilaporkan Dream pada 26 Jun lalu, identiti penunggang dan lokasi sebenar kejadian tidak dikenalpasti.

Rentas7.com/Photo Dream

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.