“No Anwar No DAP”- Hishammuddin

KUALA LUMPUR-Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menafikan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau tampil menjelaskan pendiriannya selepas namanya dikaitkan dengan surat sokongan UMNO kepada Anwar sebagai Perdana Menteri tular di media sosial.

Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, beliau tidak tahu menahu tentang surat berkenaan.

“Seperti Presiden UMNO Zahid Hamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO dan BN menyokong Anwar Ibrahim.

“Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak pernah dimaklumkan dan ia bukan pendirian saya sebagai ahli UMNO,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, pendiriaanya jelas iaitu tidak akan bersama Anwar Ibrahim dan DAP.

“Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya tidak sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Saya konsisten “No Anwar No DAP,”katanya.

Terdahulu, UMNO melalui jurucakap presidennya telah menafikan surat sokongan berkenaan yang disifatkannya sebagai palsu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.