Maaf TUN, PAS tetap tolak DAP

KUALA LUMPUR– PAS kekal komited menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa penyertaan DAP kata Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Shaari. (gambar)

Namun katanya, PAS dan UMNO terpaksa menolak cadangan Dr Mahathir yang mahu membentuk kerajaan dengan penyertaan DAP.

“Pada PAS, DAP ialah satu bentuk virus yang boleh merosakkan pentadbiran negara sekalipun penyertaan parti itu hanya dalam bentuk minima.

“Pendirian PAS ialah jelas sebagaimana yang diumumkan Setiausaha Agung PAS di dalam sidang media selepas proses tersebut tadi; iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri namun tanpa DAP,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Justeru katanya, tuntutan blok pembangkang ialah parlimen harus dibubarkan semula bagi memberikan laluan kepada satu pilihanraya umum dengan kadar segera.

“Semoga Yang di-Pertuan Agung diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan agama, bangsa dan negara,”katanya.

PH yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU-14 hanya mampu bertahan selama 22 selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri semalam.

Dalam masa sama Bersatu turut umum keluar PH manakala 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti untuk membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.