Hampir RM13,000 dibelanjakan Skuad Al Ansar bantu penduduk

KUALA KETIL– Hampir RM13,000 telah dibelanjakan Skuad Al Ansar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu penduduk terputus bekalan makanan.

Pengerusi Skuad Al Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata, penduduk berbilang kaum dibantu menerusi bantuan makanan sejak PKP fasa pertama.

“Sejak PKP fasa pertama hingga kini, kita telah membelanjakan sebanyak hampir RM13,000 untuk membantu penduduk memerlukan.

“Daripada jumlah itu hampir 500 bungkusan makanan telah diagihkan bukan sahaja di kawasan Kuala Ketil malah melibatkan kawasan luar seperti Tawar, Bukit Selambau dan Merbau Pulas,”katanya kepada Rentas7.com semalam.

Wakil Skuad Al Ansar Kanan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas

Beliau berkata, skuad Al-Ansar mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai supaya lebih ramai golongan memerlukan terutamanya dalam tempoh PKP dapat dibantu.

Mereka yang berhasrat berbuat demikian boleh menghubungi Skuad Al-Ansar di talian 0134166257.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.