KUALA LUMPUR- Skuad kebangsaan menang 2-0 pada aksi persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Dua jaringan setiap babak iaitu melalui sepakan penalti Safawi Rasid minit ke-31 dan sepakan percuma Safiq Rahim minit ke-90 membolehkan skuad negara menang selesa. Bagaimanapun, aksi Malaysia malam ini menimbulkan persoalan apakah skuad negara mampu mengharungi kelayakan Piala Asia mulai 8 ...

KUALA LUMPUR-Faktor fizikal tidak menghalang skuad bola sepak Indonesia Bawah -19 tahun (B-19) mempamerkan aksi menakjubkan pada aksi Kumpulan B Kejohanan Toulon Perancis malam ini. Meskipun tewas 1-0 kepada Venezuela B-21, pasukan Indonesia berjaya memberikan tentangan sengit kepada lawan yang mempunyai fizikal lebih tinggi dan tegap sekaligus menafikan lawan mereka untuk menang lebih besar. Berdasarkan statistik perlawanan, Indonesia menghasilkan empat ...

KUALA LUMPUR -Persiapan skuad kebangsaan Bangladesh mengharungi kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur Jun depan sedikit terjejas selepas lima pemain yang berada dalam perancangan latihan mengalami kecederaan. Tariq Kazi, Motin Miah, Mashuk Miah Jony dan Sumo Reza terpaksa disisihkan daripada pertemuan menentang Indonesia di Stadium Si Jalak Harupat Bandung pada 1 Jun ini. Perlawanan yang diadakan dalam kalender FIFA ...

KUALA LUMPUR-Dua undian membabitkan Malaysia Bawah 19 (B-19) dan Malaysia B-16 bagi kelayakan Piala Asia peringkat umur kedua-dua pasukan  telah berlangsung hari ini. Bagi kelayakan Piala Asia B-17, Malaysia B-16 diundi bersama tuan rumah, Indonesia, Palestin, Guam dan Emeriah Arab Bersatu (UAE). Pusingan kelayakan Kumpulan B itu akan berlangsung di Jakarta Indonesia mulai 1 hingga 9 Oktober tahun ini. Malaysia ...

KUALA LUMPUR-Skuad Malaysia Bawah 23 (B-23) tahun mengakhiri saingan Sukan SEA 2021 Vietnam di tempat keempat sekaligus terlepas pingat gangsa. Malaysia tewas kepada Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 di Stadium My Dinh sebentar tadi. Kedua-dua sebelum itu terikat 1-1 hasil jaringan Ronaldo Joybera minit ke-68 dan Hadi Fayyadh minit ke-81. RENTAS7/FOTO: FAM ...

KUALA LUMPUR- Tanpa beberapa pemain utama akibat kad merah serta cedera, Indonesia tetap tidak akan memberikan laluan mudah kepada Malaysia menjelang penentuan pingat gangsa Sukan SEA 2021 menentang Malaysia esok. "Kami mempersiapkan dengan baik untuk laga melawan Malaysia nanti. Meski tiga pemain dalam skorsing kartu merah dan Egy juga cedera. Kami yakin pemain akan berjuang keras demi meraih medali perunggu," ...

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) seri 2-2 ketika mempamerkan aksi 'bersahaja' dalam aksi terakhir Kumpulan B Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Thuong Vietnam sebentar tadi. Malaysia yang sudah pun layak ke separuh akhir menurunkan barisan kedua melayani Kemboja. Dua gol Malaysia dijaringkan Muhammad Hadi Fayyadh minit ke-51 melalui sepakan penalti dan rembatan pada minit ke-67. Kemboja yang ...

KUALA LUMPUR- Skuad Bawah 23 tahun (B-23) dipaksa seri 2-2 oleh Singapura dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Thuong, Vietnam sebentar tadi. Keputusan itu menyaksikan Singapura hampir pasti tidak  layak ke separuh akhir walaupun mengharapkan Thailand tewas dalam baki dua perlawanan menentang Kemboja dan Laos; situasi mustahil. Ia juga bermakna Malaysia telah mengesahkan kemaraan ke separuh ...

KUALA LUMPUR-Filipina Bawah 23 tahun (B-23) menyukarkan Indonesia (B-23) untuk layak ke separuh akhir Sukan SEA 2021 selepas mengikat tuan rumah Vietnam 0-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Viet Tri malam ini. Keputusan di luar jangkaan itu melonjakkan Filipina di tangga teratas Kumpulan A dengan empat mata, diikuti Vietnam di tempat kedua. Indonesia yang tewas 3-0 kepada tuan ...

KUALA LUMPUR-Aksi Kumpulan B Sukan SEA membabitkan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang Thailand (B-23) penuh kejutan apabila skuad negara yang hadir dengan persiapan singkat menang 2-1 di Stadium Thien Truong, Vietnam malam ini. Pertemuan sengit kedua-dua pasukan menyaksikan Thailand terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Patrik Gustavsson minit ke-33. Jaringan itu tidak mematahkan semangat pasukan negara sebaliknya skuad kendalian ...