KUALA LUMPUR- Tempoh kuarantin akan dipendekkan dari 14 kepada 10 hari kepada pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan bermula esok selaras dengan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia. Menurutnya, langkah itu juga ...

KUALA LUMPUR - Penerbangan ehsan pesawat A400M menghantar tiga bayi dari Kota Kinabalu ke Pengkalan Udara Subang Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. Pesawat tersebut berlepas dari Kota Kinabalu pada jam 1.09 petang dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 6.10 petang. Bayi-bayi berkenaan disambut pasukan petugas yang telah sedia menunggu ketibaan ...

KLANG- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menyerbu sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, hari ini. Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, aktiviti di premis tersebut didapati menjadi punca kepada pembentukan buih berwarna putih di dalam parit di sekitar kawasan perumahan Taman Ubudiah. ...

MIRI- Seekor buaya yang sepanjang 4.27 meter berjaya ditangkap Balai Bomba Penyelamat (BBP) Batu Niah petang tadi. Haiwan dengan lebar 0.30 meter itu ditemui tersangkut pada jerat dalam parit di jalan Persisir Pantai Bintulu-Miri. Pasukan bomba bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada jam 3.20 petang. Pasukan bomba berjaya menarik reptilia itu ke darat dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SPC) ...

TAWAU- Dua lelaki termasuk seorang remaja yang cuba menyeludup barang di Serudong ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kedua-dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia itu berusia 17 dan 37 tahun. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, mereka ditahan dalam sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infrantri Malaysia (5 Briged) pada lewat petang semalam. "Kehadiran PATI ...

KUALA LUMPUR- Pucuk pimpinan UMNO, PAS dan Bersatu mencapai kata sepakat apabila bersetuju untuk membentuk kerajaan baru Perak secara bersama. Menerusi kenyataan bersama tiga setiausaha agung parti itu, Presiden Bersatu, Presiden, Pengerusi Barisan Nasional bersama setiausaha agung tiga parti berkenaan telah menmgadakan perbincangan bersama hari ini. “Dalam perbincangan ini, Pengerusi Barisan Nasional telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN ...

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan dua inisiatif nasional iaitu Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MySTIE). Melalui kedua-dua inisiatif ini, peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara akan dilonjakkan lagi dalam pertumbuhan ekonomi bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara ...

PUTRAJAYA- Pandemik COVID-19 memberikan kesan teruk kepada sektor pelancongan negara. Tourism Malaysia dalam kenyataan berkata, Malaysia terus merekodkan pertumbuhan negatif bagi prestasi pelancongan negara secara keseluruhan akibat wabak tersebut. "Bagi tempoh Januari hingga September 2020, Malaysia menerima ketibaan seramai 4,299,419 pelancong antarabangsa berbanding dengan 20.1 juta pelancong bagi tempoh sama pada tahun 2019, iaitu penurunan sebanyak 78.6%. "Dari segi perbelanjaan ...

SUNGAI PETANI- "Jangan tegakkan benang yang basah! Itu amaran dilontarkan Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) kepada pemimpin MIC dan DAP yang masih membantah perobohan kuil yang dibuat mengikut undang-undang. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tiada sebab mana-mana pihak cuba bermain sentimen perkauman sedangkan kuil dibina jelas tidak mengikut kelulusan pihak berkuasa. Menurutnya, beliau menuntut pihak-pihak berkenaan tidak menangguk di ...

SEMPORNA- Kegiatan kes curi dan rompak yang sebelum ini berleluasa di kawasan perairan Inderasabah, Tawau sejak kebelakangan ini akhirnya ditumpaskan. Ia selepas pasukan khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin menangkap tiga lelaki Filipina yang mendalangi aktiviti itu. Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, tiga suspek berkenaan telah ditahan secara berasingan di dua ...