KUALA LUMPUR- Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia ( PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) secara peribadi berpuas hati dengan pembentukan Kabinet baharu kerajaan. Menurutnya, PUTRA Kedah menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik. "Saya secara peribadi berpuas hati dengan Perlantikan Jemaah Menteri di mana jawatan penting diberikan kepada Pemimpin Melayu. "Saya yakin barisan menteri- menteri ini amat mantap kerana mereka ...

YAN-Orang ramai berpusu-pusu ke lokasi tragedi 'kepala air' Gunung Jerai untuk mengambil gambar. Antara lokasi berkenaan ialah di Chalet Alang Kenari dan Titi Hayun. Tinjauan semalam mendapati, berlaku sedikit kesesakan di atas jambatan berhadapan chalet Alang Kenari apabila kenderaan di parkir di kiri dan kanan jalan raya. Bagaimanapun, mereka yang datang merakam gambar tidak menghabiskan masa yang terlalu lama di ...

YAN - Seng, 62, seorang mangsa banjir kilat di sini sudah mula membuka bengkel motosikalnya selepas tiga hari tragedi berlaku. Seng perlu mencari semula pendapatannya selepas terjejas teruk akibat bencana itu. Menurutnya, dia kerugian RM10,000 akibat kejadian yang tidak terjangka itu. "Banjir paras patut, banyak barang-barang kedai rosak termasuklah kereta saya. Semuanya dianggarkan RM10,000," katanya kepada RENTAS7 hari ini. Katanya, ...

YAN- Boleh disifatkan permata untuk negara sekalipun kehadiran mereka dalam mana-mana misi kemanusiaan kurang mendapat perhatian ramai terutamanya media. Bertepatan dengan slogan "Beramal Kerana Allah', mereka tetap komited menghulurkan bantuan dengan ikhlas tanpa meminta jasa mereka dipuji atau disanjung. Itulah jati diri yang ada pada setiap anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM). Terbaru, anggota JAM turut terlibat dengan misi kemanusiaan membantu ...

YAN - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mangsa terakhir tragedi kepala air Gunung Jerai hari ini. Mangsa, Ridwan Poniman, 61, ditemui pada jam 12.30 tengah hari di bawah timbunan kayu belakang sebuah chalet di Titi Hayun di sini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ditemukan di sebelah kanan aliran sungai dengan kedalaman ...

YAN- Mayat bekas Imam Masjid Yan akhirnya ditemui pada operasi hari kelima hari ini. Jasad Ku Shuib Ku Abdullah,91, ditemui pada jam 3.23 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Memetik Sinar Harian, mangsa kelima itu ditemukan pasukan SAR di Titi Hayun. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berjaya dikeluarkan dari timbunan kayu pada jam 3.28 petang. ...

KUALA LUMPUR- Jawatan Perdana Menteri kesembilan dimuktamadkan selepas Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah pada 2.30 petang tadi. Memetik Berita Harian, beliau mengangkat sumpah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara. Ismail Sabri mengangkat sumpah di di hadapan ...

  KUALA LUMPUR- Penantian siapa bakal menerajui kepimpinan negara terjawab apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini. Pelantikan itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Beliau akan mengangkat ...

ALOR SETAR-Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan Daerah Yan dan Kuala Muda diklasifikasikan sebagai Kawasan Bencana Tahap 1. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20. "Sehubungan itu, semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah yang perlu bagi memastikan musibah ...

ALOR SETAR- Mangsa hilang membabitkan seorang pekerja Jerai Hill Resort ditemui meninggal dunia malam tadi . Memetik Harian Metro, mayat Sharuzi Mohamad,53, ditemukan pasukan penyelamat pada jarak 200 meter dari pusat peranginan terbabit, jam 10.35 malam. Mangsa dilaporkan ditemui di sebalik timbunan ranting kayu dan dalam lumpur. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ...