KUANTAN-Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terpaksa melepaskan tembakan amaran ke arah bot nelayan Vietnam selepas diserang dengan parang dan objek keras. Situasi cemas itu berlaku ketika anggota APMM melakukan pemeriksaan terhadap 22 nelayan negara terbabit dalam satu kejadian kelmarin. Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, dua bot nelayan sebelum itu dikesan menceroboh perairan negara. ...

TAWAU- Buah-buahan seludup bernilai RM102,600.00 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) pada 28 Februari lalu. Muatan tersebut dibawa masuk dari Indonesia ke Sabah menggunakan sebuah bot jongkong. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, bot jongkong itu ditahan di perairan laut Simpang Tiga, Pulau Sidam Tawau menerusi Op Gelora Khas. Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap muatan berkenaan ...

KOTA KINABALU- Penempatan setinggan pendatang asing tanpa izin (PATI) diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah pada 27 Februari lalu. Operasi Bersepadu disertai pelbagai agensi penguatkuasaan Persekutuan dan negeri membabitkan 117 pegawai itu diketuai Ketua Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (KTPP) Hasmayati Massa dan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Razman Manap. Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhammad Safe Mohamad Amin berkata, ...

TAWAU-Gara-gara mempunyai syabu, dua lelaki warga tempatan ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau menerusi Op Benteng COVID. Dua lelaki berusia itu ditangkap dalam serbuan berasingan di Kalabakan pada Khamis lalu. Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 14, PFA Tawau, DSP Abdul Halim Ahmad berkata, lelaki pertama berusia dalam lingkungan 20 tahun ditahan di hadapan sebuah kedai di Jalan Kampung Mangga pada jam ...

LABUAN-Dua buah kapal nelayan pukat tunda yang melanggar syarat sah lesen menangkap ikan di tahan dalam Op Benteng COVID-19 Pasukan Polis Marin (PPM) semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli berkata, dua buah kapal itu ditahan di di kawasan laut Tanjung Kubung, Labuan pada jam 4.30 petang oleh bot PPM yang sedang melakukan rondaan. ...

LUMUT- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot Indonesia selepas menceroboh perairan negara bagi aktiviti menangkap ikan. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan 32.1 batu nautika barat laut Pulau Jarak, pagi tadi. "Bot tersebut dinaiki empat kru termasuk tekong warga Indonesia berusia 20 hingga 60 tahun. "Bot berkenaan dikesan ...

KOTA TINGGI- Sebanyak 2,948 karton rokok haram bernilai RM442,200.00 yang cuba diseludup dari Indonesia ke negara dirampas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam. Rampasan dibuat Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Devisyen) dalam sektor Op Benteng kawasan Infantri Malaysia (7 Briged) di Punggai dan Batu Layar. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, rampasan tersebut adalah hasil rondaan di ...

KUALA PERLIS- Sebanyak 14 bungkusan daun ketum yang disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan berdekatan depan Masjid Kampung Seberang Ramai di sini dirampas semalam. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata, semua bungkusan seberat 140 kilogram itu dikesan dalam operasi bersepadu pasukan keselamatan. "Ketika tiba di lokasi berkenaan, pasukan operasi telah mengesan sebuah kenderaan ...

PULAU PINANG- Tiga etnik Rohingya berusia 24 hingga 33 tahun sedang menangkap ikan menggunakan bot diusahakan nelayan tempatan di perairan negara ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mereka ditahan di kedudukan 7.3 batu nautika tenggara Pulau Rimau, Pulau Pinang pada jam 6.30 petang. Menurutnya, Maritim Malaysia yang sedang ...

RANTAU PANJANG- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 10 guni syabu seberat 402 kilogram yang bernilai RM16 juta di Kampung Lubok Stol, di sini hari ini. Panglima 8 Briged Brigedier Jeneral Zamzuri Abu Hassan berkata, rampasan dadah itu terbesar yang dilakukan 8 Briged Negeri Kelantan setakat ini. Menurutnya, bahan larangan itu berjaya dikesan melalui Op Benteng Zon Utara Kawasan Op Merpati ...